LISTEN :)

Saturday 12 December 2015

# Histeria Aspuri Lama PART2

"Bonda Nirah panggil Fatihah Latip "
Awin cakap kat Wakles dengan cikgu yang tengah lead mesyuarat tu.

Aku tengah tersandar kat dinding tu. Serious la. Badan memang letih gila. Lesu wey. Aku pon bangun. Amik beg apa semua. Masa tu dah nak balik dah, dalam pukul 4.00 petang dah. Aku pon jalan balik.

"Budak-budak yang berubat semalam baru balik tau. Diorang ada kat rumah bonda." Awin cakap kat aku.

Aku pon pandang Awin... terkebil-kebil jugak aku. Eh, cakapla bonda panggil aku, Syahadah dengan Lulu suruh jaga budak-budak yang baru balik tu...? 

Sampai depan rumah bonda, aku dah nampak ada Syahadah dengan Lulu kat dalam. Bergelimpangan budak-budak yang kena ni. Semua macam dah tidur.

" Diorang semua ni memang betul-betul dah baik kan? " Lulu cakap kat kitorang.

"Entah la Lulu... aku harap dah baik betul lah, satu malam diorang berubat malam tadi." 

Syahadah cakap. Aku diam. Takut pulak tengah kitorang bertiga dalam tu, tiba-tiba ramai- ramai budak yang kena ni jadi balik macam semalam...eeii... mintak jauh.
Bonda kata dia mintak tolong kitorang tengok- tengokkan diorang semua ni. Dia nak pergi sekolah ada urusan dia nak buat. Aku pon okay je lah. 

So, aku tak ingat kenapa, yang penting masa tu...ada orang suruh aku azan. Ye, memang la perempuan tak boleh azan. Tapi masa tu kitorang semua perempuan. Lagipon masa tu tak silap aku bonda yang suruh kot. Aku pon lalu la celah-celah budak yang baring ni...time tu Blusher...! Aku baru nak takbir..

ALLAHU AKBAR ALLAH...

"ARRGHH!!!?" 

Blusher yang tengah baring tu cekak kaki aku! Ya ALLAH, terkejut MACAM NAK PENGSAN RASA  masa tu wey!! Aku pandang dia kat bawah tu, dah pandang aku semacam. Sakit weyy dia pegang kaki tu. 

"LEPAS LAH! KAU NI APAHAL !"Aku rentap je kaki aku. Kebetulan masa tu Wani, junior aku, masuk rumah warden ni. Aku mintak tolong dia sambung azan. Dia sambung azan je.. semua terus jerit !! 

"ARRGHH!!" 

"HAHAHHAHAHAAH!!!"

"HUWAAARGHH!!"

Tepat timing tu, datang cikgu-cikgu dengan ustaz dari sekolah depan rumah warden. Masa tu aku dah pegang si Blusher ni dengan Syahadah.. Lulu dengan Wani pegang Kak Mel pulak. Kitorang sempat tahan aspuri, yang nak masuk aspuri, tolong kitorang.

"Tiah, Syahadah.. kamu ketepi dulu." Ustaz Azuat cakap kat aku dengan Lulu.

Aku,terus bangun. Tiba-tiba si Blusher pegang tangan aku! Dia dah merangkak-rangkak ,menjerit keliling aku ni... masa ni Syahadah dah pergi tolong Lulu dengan Wani pegang Kak Mel sebab Kak Mel dah mula jadi macam semalam. 

Aku dah takut. Takut gila. Dah nak meleleh dah air mata ni. Aku tak tau la ustaz baca apa.. Blusher terus terjatuh kat belakang aku. 

" Awak ketepi lah, cepat sikit bangun !" Pengetua cakap dekat aku, more like marah.
Eh, dia ingat aku suka-suka datang kat Blusher =='

Aku pon tak sure bila dia dengan Hajah Norzi sampai. Aku bangun terus keluar. Cikgu Hajah Norizah cakap...

" Awak naiklah, siap-siapkan diri. Rehat... awak dengan kawan-kawan letih sangat ni." Aku pandang dia. Aku panggil nama kawan-kawan aku yang ikut pergi hantar diorang berubat semalam, Ayun,Layla,Anis, Wani, Lulu,Syahadah,Yaya,Nano, eh ramai lah. Aku cakap lah apa yang Cikgu Hajah Norizah pesan suruh kita naik dulu, rehat, siap-siap..


Kitorang pon buatlah. Macam dia suruh. Dah siap mandi semua... nak turun nak pergi makan malam..aku tengok kat bawah budak-budak yang kena ni, ada yang dah balik, ada parents kat bawah tu amik anak-anak diorang. Ramai jugak yang balik, sebab ramai yang kena kan.. haihh..aku stay je la kat asrama ni.. spooky betul la. Masa ni jugak majority Form 5 balik, sebab ramai yang kena, budak batch dia.

Aku tengok kat dalam tu cuma ada Blusher je yang tak elok-elok lagi... sampai la cikgu kena panggil orang dari luar tolong ubatkan. Dia elok kejap. Mak ayah dia pon sampai.. Aku, Lulu dengan Syahadah LEGA GILA... dia balik. Bukan tak sayang dia. Mana boleh tak sayang si Blusher pentol tu... cuma takut keadaan jadi makin teruk .Kkitorang semua bukannya tau nak buat apa pon weyy.


Okay. Ada banyak lagi sebenarnya kes histeria yang jadi minggu tu. Tapi kita watlek dulu ea. Seriau lah cerita pasal benda alah ni. Hahaha ^^




















Friday 11 December 2015

# Histeria Aspuri Lama (PART 1)

Kes ni jadi masa aku Form 4. Masa ni still lagi dekat sekolah lama. Alah semuanya macam biasa je. Sepanjang aku kat sekolah tu selama 4 tahun, belum pernah jadi pon kes histeria sebesar kes yang akan jadi ni. So, memang takde sape pon expect hari yang biasa gila tu akan jadi permulaan bagi minggu yang havoc tahap dewa.

Pagi tu macam biasa, semua gerak pergi sekolah.Tapi...

"Weyh, ni tompok merah apa pulak ni ?" Feeqa cakap dengan aku.
Masa tu baru turun tangga depan asrama. 

"Hah?" Aku cakap. Aku pandang bawah, aku tengok memang ada tompok warna merah macam ... eisyh takkan laa. Tapi nak kata Pelaka or Acrylic pon warna dia tak pekat macam ni. Macam DARAH yang menitik.

"Aah la Feeqa. Sepanjang jalan ni..." aku cakap dengan Feeqa. 

" Sampai susur gajah nak pergi sekolah pon still ada tompok-tompok ni." Tiba-tiba Fatin dengan Nana pulak kata, yang dah jalan kat depan aku dengan Feeqa.

"Takkan budak bocor kot? Bukan takde toilet kat sekolah." Syahadah menyampuk dari belakang. 

"Haih, apa benda pulak la ni."

"Takpe lah, bia je lah, memang kotor je kot" kata Nana .

So kitorang pon terus je la jalan, macam biasa. Aku ingat kitorang je yang perasan. Tak sangka pulak sampai kat sekolah pon ada benda tu. Ada budak laki cuba nak trace mana mulanya tompok-tompok warna merah ni, tapi memang tak dapat. Mana mulanya tak dapat cari, tapi akhirnya habis dekat belakang Aspuri...

Belakang Aspuri lama ni tempat dia cantik. Keliling dengan hutan, ada gazebo. Biasa memang kalau dapat phone, port amik gamba la ni....belakang ni tempat ampaian, ada CCTV. Ada mesin basuh sekali. So, budak-budak ni kata tompok-tompok darah ni banyak kat bahagian ampaian, lepastu takde dah.

Aku pon takde lah berani sangat pon nak pastikan benda tu betul ke tak. Banyak lagi kerja lain. Kena pulak masa ni baru lepas pelantikan jawatankuasa baru. Masa tu memang betul-betul baru je dapat jawatan. Masuk kelas ...

"Weyh Te'a, Aspuri bocor ke apa doh, dari DM sampai ke sekolah semua..." Faliq tembak aku satu soalan.

"Kitorang cari tau, mana mula dia, tak jumpa pon, " Bear pulak sambung.

"Budak-budak kata ada anjing bawak bangkai masuk sekolah" Adi pulak kata.

"Ha'ah. Bangkai tu yang berdarah,yang menitik-nitik tu kot" kata Alimin .


Aku belum sempat duduk lagi, beg sekolah pon aku tak letak kat kerusi lagi...Soalan diorang, lagi cepat masuk  dalam otak aku. Aku angkat tangan, suruh stop kejap. Ye la penat wey jalan. Dorm aku tingkat 4. Turun bawah. Naik balik pergi DM. Makan. Naik lagi pergi class. Mencungap wey...

" Faliq, orang perempuan kalau bocor, takdenya dia nak pusing sampai belakang sekolah. Mesti dia terus balik Aspuri. Sekarang ni benda tu ada sampai kat kawasan MK semua kan?? (MK ni sekolah yang sebelah sekolah kitorang, musuh tradisi la )." Aku cakap.

"Bear,aku tak tau la Bear. Pagi tadi aku perasan tu pon dah keluar asrama. Tak sempat aku nak check mana mula dia. Adi, kau tak rasa ke kalau anjing masuk bawak bangkai. Kita kan ada Jaga ..takkan Jaga tu biar je anjing tu masuk kawasan sekolah kita, bawak benda kotor macam bangkai yang berdarah lagi.. haaa"


"Alimin, kalau lah ye pon anjing tu bawak bangkai yang berdarah sampai menitik- nitik kan, apa motif anjing pusing kawasan sekolah, dia pening kepala ke apa? "

Haaa.. kann! Aku dah jawab semua. Senang-senang je nak blame aspuri, ingat kitorang pengotor sangat ke aa. Hahaha. So haritu just continue macam biasa. Esoknya, tompok darah tu still ada. Cikgu-cikgu semua da start perasan. Ada yang kata pembantu makmal dah amik sample pon, nak tau darah ke apa benda tu sebenarnya. Tompok darah tu, tak makin pekat, tak makin pudar, dia macam tu je. Result sample tu dah keluar. Itu darah manusia. Haaa. How creepy was that ?! Bila kau tau kat sekolah and asrama kau bersepah-sepah ...DARAH MANUSIA !!

Tapi tu ura-ura yang kuat la yang aku dengar. Malas nak dengar sangat. Kang tak tidur malam pulak. So malam tu macam biasa. Nak solat maghrib ni, turun la surau. Masa tu belum azan lagi.

"Kak Te'a, emm.. ada budak Form 1 ni dia kata dia sakit dada, pastu dia kata dia nampak benda bukan-bukan..." 

Budak Dorm 14 ni datang kat aku, aku tanya la sape ? Dia kata Atina. Aduh, budak ni anak kawan ayah. Bapak dia punya pesan kat aku suruh tengok-tengokkan anak dia ni. =='
Aku bukan tak nak layan. Cuma kadang-kadang bila Form 1 ni, dia homesick, layan perasaan... tu yang macam-macam tu. Tapi bila dia cakap sakit dada, takut jugak aku. Kang jadi apa-apa, payah aku. Aku pon gerak la pergi dorm budak ni. 

"Atina? Hei, bangun... ni kenapa ni ?" Aku cakap.

Macam nak melompat aku! Dia yang tengah tutup mata tu, tiba-tiba bukak mata sebesar tidak, pandang aku sambil nangis semua. 

"AKAK! Huuuu...akak tolong saya kak, saya takkut .. isk,isk.. .saya takut."
Dia cakap macam tu. Aku mula nak bengang. Aku dah rasa budak ni tengah melayan perasaan dia.Kaang?! Aku takut dia layan perasaan lebih-lebih macam ni, benda lain yang suka, susah kang! Maghrib ni....

"Awak janganlah layan perasaan macam ni, akak kan ada, semua orang ada kat sini ni, nak takut apa nya... ha?" aku slow lagi.

Dia nangis tersedu-sedu, cakap tak boleh, dia sakit dada, dia takut sangat, takut. Aku teringat hari ni, hari Khamis, ada bacaan Yaasin. Sambil nak tengok dia ni buat-buat ke betul-betul. Aku cakap dengan budak dorm dia ni, bawak dia pergi surau. Letak kat tengah... kita baca Yaasin. Dia dengan few kawan aku lagi duduk dengan dia. Awin, Lulu, Feeqa tolong aku kat tengah, semua macam biasa je sampai laa.. 

"ARRGHHHHHHHHH?!!!!!!"  Budak ni menjerit-jerit yang macam kuat gila! 

"Weyy! Kenapa ? Haaa? Kenapa ni ?" Kak Syahadah tanya dia .

Aspuri yang lain diam je, ada yang dah nangis dah pon, yang Form 1 memang ada yang dah cari senior-senior yang dia selesa, pergi kat diorang. 

"ARRGHH!! ARRGHHH!! BISING  AH !!!" Budak ni jerit. Syahadah dengan Kak Ilia teruskan bacaan Yaasin. Yang senior ni semua teruskan je bacaan Yaasin.

"Weyh, kuat budak ni wey, panggil lagi kawan-kawan kita ."Awin yang tengah pegang budak ni, cakap kat aku. 

Aku masa tu memang bergantung 100% kat budak-budak batch aku dengan batch bawah aku setahun ni. 

"Rina, Rini, Tia.. tolong aku pegang budak ni kejap. " Aku tau diorang tak berani, tapi aku rasa diorang faham yang aku memang takde orang lain yang boleh tolong aku. Melainkan diorang . 

TIBA -TIBA ...

"HUWAAAARGGHH!!!!PANASS LAH KORANG NI!! JANGAN PEGANG AKU !!!" amalia jerit.

"ARRGGHH!!!! TEPI !!! AKU NAK KELUAR LAH !!!" KaK Mell .

"HOI !! APAHAL KAU PEGANG AKU NI! RIMAS LAHH!"" KaK Nana.

"HAHAHAHHAHAHHAHAHA..HAAHAHAHAHHAHA(mengilai) "Kak Raby .

Syahadah dengan Feeqa dah turun bagi tau bonda. Aku pesan kat Hanis ke  Yam ea... cakap mintak tolong announce kan kat aspuri,yang kat atas semua, kosongkan aras 3 dengan 4 sebab takut jadi apa-apa. Susah kat atas.

"ASPURI YANG ADA KAT ARAS 3 DENGAN 4 DIMINTA TURUN KE ARAS 1 DAN 2."
Dekat 4 kali ada jugak diorang jerit kat dataran. 

Yang kat dalam surau ni, lepas sorang-sorang jerit, jerit lagi. Yang peliknya, setiap orang yang kena or benda yang masuk dalam badan diorang ni macam ada 'connection' antara satu sama lain. Maksudnya diorang interact tau.Macam pandang masing-masing.

"ASPURI YANG TAKDE APA-APA TERUS BALIK DORM BUAT BACAAN SURAH AL-MULK." 
Kak Asma dengan Kak Syima  cakap dengan diorang. So mana-mana yang tengah nangis tu semua gerak la dengan kakak-kakak dorm dia yang konon-konon tak takut... padahal, takut gila! Cuma tak boleh nak tunjuk sebab kalau tak kang, lagi menakutkan budak-budak ni. Alhamdulillah aku ada kawan-kawan macam ni. Tengah dalam keadaan kelam- kabut tu, Syahadah cakap dengan aku,

"Bonda kata bawak semua budak-budak yang kena ni, turun rumah bonda. "

Aku pon cakaplah benda ni semua kat diorang. Dah tak terkira dah budak yang kena ni. Ramai sangat. Ira, Wani, Rina, Ina, Rini, Nano and majoriti kawan-kawan aku yang lain ni semua terus bawak semua yang kena ni turun bawah. Satu benda yang aku nak pastikan is budak batch aku kalau boleh janganla ada yang kena. Sebab kalau diorang kena, aku tak kuat nak handle benda ni dengan Syahadah. Alhamdulilah, Balqis dengan Blusher je,yang kena.

Aku terus turun rumah bonda. Aku tengok diorang bawak turun budak yang kena ni, berat dia aku rasa 42kg je kot tapi enam orang bawak turun tak cukup! Bukan senang weyh bawak orang yang tengah menggelinjang, menggelibas sana- sini, turun tangga. Aku tak tau la macam mana diorang bawak. 

Lepas sorang-sorang, lepas sorang-sorang. 

"ARRRGHH!! " ."AHAHAHHAHA".  "WOI !!!"

DALAM RUMAH BONDA MASA TU TAKDE BUNYI LAIN MELAINKAN JERITAN DIORANG SAHAJA.

Tiba tiba ..

Aku nampak diorang bawak turun .. Balqis.

Aku dengan kawan-kawan aku yang lain ni, dah cukup lama dah tahan rasa takut. Nak nangis, sedih semua lah. Aku tau Balqis ni, dia boleh tolong orang yang kena ni dengan cara dia sendiri .Tapi dengan satu risiko, lepas dia baikkan orang tu, dia mesti akan kena lagi teruk! 
Bila aku nampak dia tu, aku tau ,dia mesti tolong orang. 
"ARGHHH!! JANGAN PEGANG AKU LAH!!..Wani... tolong aku Wani, sakit WEARGHHH!!!"

Tau tak? Dia tengah lawan dengan benda yang dalam badan dia tu? Tau tak dia jadi sekejap diri dia, sekajap bukan. Sekejap dia, sekejap bukan...

Aku pangku kepala dia, depan aku ada Ayun, Yaya, Echa ,Lulu...

"Aqish, bangun Qish !!Lawna la Qish, kau kuat,qish... " Aku tampar-tampar pipi dia. Tersedu aku.

"ARGGGGHH!! Te'a.. Te'a tolong aku Te'a, Te'a sakit Te'a...Te'a... ARGHHHHHH! Kau nak apa! Lepas ah!Te'a..sakit..!"

Aku pon pegang la dia ni slow, aku cakap laa. 
"Qish, kau jangan la macam ni, kau ni.." Aku dah lap ayaq mata lah citaa dia. Heheheh

Tiba-tiba si Balqis yang tengah kat pangkuan aku, 

"EEERGH, WHATEVERR !"

Hah? WHATEVER ? Fuh power hantu Balqis ni..
Dia cakap whatever ? Aku tak tau nak gelak ke nak takut ke. Celaru aku. Ada hantu cakap matsalleh? Agak hantu yang masuk badan Aqish ni moden kot. Aku pandang Lulu, Wani... semua,macam senyap je...serious wey memang tak tipu.

Balqis senyap. Tiba-tiba air mata dia mengalir. Aduh, pening aa.

Meleleh jugak air mata aku tengok dia macam tu. Sedih sangat tengok dia . Aku tak sanggup kot. Kesian laa. Bila kawan-kawan aku ni dah nampak aku macam ni, Feeqamyra tarik aku kat belakang. Sebab sebenarnya bila kau dah nangis, itu je kunci untuk benda-benda ni masuk badan kau...

"Te'a ? Okay tak ni ? Okay..?" 

Syahadah usap belakang aku. Aku pusing belakang. Aku nampak Bonda Yus tengah cakap dekat phone. Masa tu memang kitorang Form 4. Kitorang ada senior. Tapi Kak Ilia yang dulu Ketua Aspuri tu pon dah kena! Form 5 tahun tu sikit je. And majoriti kena...sapa lagi yang nak tolong aku, kalau tak kawan-kawan aku, masa tu masing-masing macam tau je. Tasya, Rina, Awin, Ina, tengokkan junior-junior... yang Tia, Lulu, Ayun, Yaya pegang budak-budak yang sakit. Aku tak tau la macamana nak cakap . 

Aspura masa ni, takde warden . 
" Syahadah, bonda nak mintak tolong awak pergi aspura, mintak diorang azankan.Boleh?"

Bonda cakap kat Syahadah. Aku tanya ea...? Siapa je yang berani nak keluar dari Aspuri yang kena lalu kawasan berhutan kat tepi, kena lalu tangki air yang tinggi tu sambil dengar bunyi orang jerit, gelak, nangis tak henti-henti kat dalam? Sape je nak ? Tapi apa je yang boleh buat.  

Kawan-kawan aku yang lain semua tengah sibuk. Last-last kena keluar berdua jugak...aku dengan Syahadah. Takutnya ya ALLAH. Memang aku tak tipu la wey! Memang takut gila. Sampai kat tepi dorm Aspura.

Tok!Tok!Tok! "Assalamualaikum, korang !! Assalamualaikum!" Aku panggil kat tepi tingkap.

"Hah, kenapa ?"Ada budak Form 1 pulak =='
"Kau panggil,  abang senior kau kejap bole?" Aku cakap. 

Datang Si Wakles, Faliq, Shahfik, "Hah apesal wey? "

"Les, bole tak mintak tolong korang azankan? Berterusan. Budak Aspuri tengah ramai gila yang kena histeria ni. " Syahadah cakap .

"Eh la, ye ke? Kejap.Tak silap aku mike rosak tadi." kata Faliq  .

Aku macam nak terduduk dengar diorang cakap mike rosak, ye lah...macamana lagi diorang nak tolong.

"Okay macamni, kalau korang tak boleh pakai mike, boleh tak korang laungkan je azan tu? Sekuat yang boleh. Tolong ea Les? " 
Aku cakap dengan Wakles. Suara separuh nak nangis dah. 

"Okay-okay... korang pergi la balik, nanti aku usahakan." kata Wakles . 

Otw aku dengan Syahadah balik, aku dengar suara Adwa azan kuat, "'InsyaALLAH sampai kat Aspuri ni." Ye lah kitorang punya Aspura dengan Aspuri ni satu bangunan,satu bumbung, sebelah-menyebelah je.. dividernya dinding dan pagar. Aku masuk je Aspuri... kecewa sikit...perlahan sangat suara budak lelaki, masuk rumah bonda. Budak yang kena ni tadi diam. Dengar suara azan budak lelaki yang berterusan tu, terus menjerit balik.

Keadaan jadi huru-hara balik. Tiba-tiba ada satu kereta datang. Aku tau tu kereta Ayahanda Razi....Avanza hitam. Ayahanda suruh masukkan budak-budak tu dalam kereta dia. Payah wey nak masukkan diorang dalam kereta, menolak satu, yang tendang satu, jerit dia lain, aku tak tau la macamana ayahanda drive bawak pergi diorang berubat ni.
Mana yang dah sedar ni, diorang dapat balik rumah, termasuk Kak Ilia. Memang la budak-budak yang kena ni dah hantar pergi berubat,tapi sekarang ni yang duduk asrama ni lagi menakutkan doh! Takut doh.. sumpah.

Aku dengan Syahadah naik surau, terserempak dengan Feeqa. 

"Wei korang , FATIN!!" Feeqa separuh jerit.

Ya ALLAH! Fatin ni tengah demam panas. Tengah kelam-kabut tu mana ada yang nak ingat dia tengah kat atas tu sorang-sorang! Sekarang ni siapa nak amik Fatin yang sorang-sorang kat tingkat 4  tu? Semua Aspuri dekat tingkat 1 dengan 2 je, nak tak nak aku,Feeqa,dengan Syahadah, masa tu dengan Lulu sekali rasanya... kitorang naik atas. Takut wey, sampai floor atas tu terasa macam masuk kawasan tinggal. Ya Rabbi, masuk dorm..

"Fatin, Tin...bangun! Jom,turun bawah ni, cepat. " Feeqa kejut Fatin.
Atin  yang  tengah mamai tu, ikutkan je, meremang weyy lama lama kat atas tu, terus je kitorang jalan laju- laju turun bawah.

Sampai je kat bawah tu, tengok-tengok budak lelaki dah hantar supper kat aspuri. Terhendap-hendap budak-budak laki ni, cari yang kena histeria tu lah tu. Orang tak nak jumpa ,dia nak cari ==' .Habis supper,aku dengan Lulu basuh pinggan supper Aspuri malam tu. (Ye, kami bibik sementara sebab tak berani nak keluar hantar balik pinggan ni kat DM). Aspuri macam dah tenang. Mungkin semua penat dengan apa yang jadi kot, takut,terkejut,nak nangis semua lah tu..

Tiba-tiba bonda....

"Bonda rasa awak kena cakap dengan Aspura la mintak diorang buat giliran berjaga malam ni,sebab bonda takde orang lain yang boleh mintak tolong kalau apa-apa jadi malam ni, melainkan budak lelaki."

Aku pandang Lulu, Lulu pandang aku.Cakap dengan Aspura? Maksudnya ? KENA KELUAR,PERGI ASPURA LAGI? !! PUKUL 11.30 MALAM NI ?!!
DUA KALI LAH AKU!!!

Ya ALLAH, siapa laaa yang buat kerja gila ni weyy. Asrama baru kena histeria,merayap malam-malam . Saya. Ye saya dan Afiqah Zaidi. ==' . 
Apa boleh buat? Betul jugak bonda cakap, kang jadi apa-apa payah wey .
Terkedek-kedek la aku dengan Lulu ni keluar, jalan pon rapat-rapat je, ketuk lagi tingkap Aspura. 

TOK!TOK!TOK! Assalamualaikum..assalamualaikum..

"Aesyh! ya ALLAH teperanjat aku, ingat sape la bagi salam kat tingkap tadi, takde pintu ke apa tadi. " kata Shahfik. 

Aku tumbok jugak dia ni kang. Loya buruk pulak time-time seram sejuk macamni =='

Aku bagitau la diorang apa yang bonda cakap tu...diorang pon agree. Aku dengan Lulu (Afiqah Zaidi) terus balik. Jalan laju gila la cite dia. Dekat pukul 12tengah malam weyy! Sape je yang nak ada kat lua masa macamtuu =='

Masuk-rumah bonda, bonda ajak tidur rumah dia, teman dia...aku, Syahadah dengan Lulu. Nak ikut nyenyak ke tak, memang tak laa. Tapi mengenangkan esok sekolah and according to Lulu, esok tu ada PJ, tapi semua yang tolong histeria semalam tu,tak bersukan pon. Kitorang tersadai dekat tiang gol tu, badan lepak gila. Btw, budak-budak yang pergi berubat dengan Ayahanda Razi malam tadi tu, tak balik lagi pon. 

Tengah-tengah tidur ni..tiba tiba-tiba aku tersedar. Tengok jam dalam pukul 3.00 pagi. Sejuk gila malam tu. Aku terperasan macam ada something tengah perhati aku dari tingkap rumah bonda tu... 

'Ya ALLAH, ape benda pulak ni .' Aku pon tak minat nak tau lebih mendalam. Aku pejam je mata...masa tu dalam hati ayat Kursi, Alfatihah, apa lagi doa tidur,doa makan semua aku baca. 

Esoknya pagi tu aku cerita kat Lulu dengan Syahadah..rupanya Lulu pon tersedar something pagi tu. Dia nampak ada perempuan gelak-gelak kat tingkap rumah bonda yang lagi satu. Syahadah pulak kata, dia tak tidur pon sebenarnya. Sebab dia rasa ada orang tengah tengok dia... esok tu. Pergi sekolah macam biasa...

Lemau gila Aspuri haritu..memang tak tipu. Masuk kelas memang tak bermaya. Budak lelaki tanya aku pasal kes semalam pon aku jawab tah pape kot. Petang tu, ada mesyuarat rumah sukan. tiba tiba...

"Umm, Bonda Nirah panggil Fatihah Latip." 

To be continued.

sorry kalau tak tepat kay gais, real story based on real memories, ada yang tak ingat sangat.thank you for reading :)




















# Fenomena Pengsan Seminggu

Okay, dekat sekolah tu. Ada satu fenomena pengsan yang selalu sangat jadi. Especially kat budak perempuan tau. Tapi, satu benda yang aku suka dekat budak-budak sekolah ni is...sikap caring terhadap member yang collapse tu. And one more thing, walaupun orang selalu cakap sekolah seni ni tak jaga batas pergaulan, tak belajar agama.. tak jaga aurat semua lah. Biasanya yang  terima segala tohmahan dan caci  maki ni majority senior-senior je. Ye lah, masa tu orang belum tau sangat konsep sekolah seni ni. Ingat nak jadikan penyanyi aje... Masa zaman aku pon dah kurang. Kalau ada budak perempuan yang pengsan dalam class, tak pernah aku nampak pon budak lelaki angkat budak perempuan.. .guna tangan sendiri..


Diorang mesti akan usaha jugak untuk dapatkan strecher untuk angkat budak perempuan. Cerita ni aku dapat dari Wawa. Hahaha. Wawa ni memang sangat famous dengan health problem ni. Sebab tu dia yang paling banyak tau perangai budak-budak yang pengsan ni. Hahahaha.  



Aspuri ni senang je. Kalau pengsan kat asrama, memang kita terus bawak balik dorm je. Tapi yang jadi problem nyaa is, bila aspuri ni pengsan kat sekolah. Fuhhh.. payah boh. 

Pernah sekali tu, dalam seminggu, ada lima orang budak perempuan pengsan berturut-turut.Fuh, masa tu stretcher macam nak kena standby je kat kelas ==' . Hahaha. 


"Korang ni lembik aa" Faliq cakap dalam kelas.

"Ntah korang, demam sikit pengsan, sakit sikit pengsan" Bear pulak sambung.

"Ewah, ewah, kau ingat diorang sengaja nak pengsan? Suka-suka suruh korang angkut dia pi bawah? " Aku balas laa.

"Kau jangan pengsan Te'a. Kau kalau pengsan, aku guling je kau dari atas sampai kat van sekolah tu ." kata Haris  .  

Diorang gelakkan aku .

=='

Biadap betul la budak budak ni .. aku tendang kang.Ye la , mana taknyaa. Semalam masa rehat, majoriti budak form 5, da naik kelas dah. Cikgu je tak masuk lagi. Tiba tiba..

"Eh Tasya ? Sya???"
Aku dengar suara Hanis ke Rina jerit. Berkerumun jugak budak-budak ni tengok Tasya tiba-tiba jatuh kat lantai. Aku kan kepoh sikit. Hahahha. Budak-budak kelas aku semua dah pergi tengok. Mesti la aku nak ikut ! Hehehe.

"Eidil, susun kerusi tu. Ni budak perempuan, tolong angkat dia, baringkan dia atas kerusi"
Umair keluarkan arahan dengan kuasa veto dia tu, as antara orang yang paling rapat dengan Tasya kan. 

Eidil, Iqbal dengan Anep kot  susun kerusi, ketepikan meja. Yang Amir dengan dengan sape ntah lagi sorang dah pergi panggil Sir Ping (cikgu bertugas).
Nampak tak ? Hahaha boleh tahan bagus jugak budak-budak lelaki ni. Nampak je macam tak kisah. Tasya pengsan sorang je, tapi yang datang tengok, dari kelas Seniman sampai Budayawan pergi. Hahahah.Prihatin @ kepoh...Hahahah.

Sampai budak Seniman kena marah dengan cikgu suruh masuk kelas. Aku pergi kat Tasya tu. Rasa sikit dahi dia. 

'Mak aih, panassnyaa.'

Aah, aku lupa. Masa tu, week tu memang tengah musim demam. Kena pulak pentaksiran dah dekat. Produksi tak settle lagi. Pagi pergi sekolah. Petang sambung kelas kesenian sampai pukul enam, tak balik asrama. Malam sambung latihan lagi... Esok ? sambung benda yang sama. Mana tak flat badan budak-budak ni kan..

Lepas tu datang lah, Sir Ping dengan budak laki bawak stretcher, diorang angkat Tasya.

"Mirul, mata tu tengok depan!" Amir pesan kat Mirul.

"Aku tau la, kau tu. Jangan tengok yang lain."Mirul balas.

"Eisyh korang ni, macam dia tak pakai baju je !"Umair marah .

" A'ala Umair, marah pulak, rilek aa. "Faris cakap .

Sir Ping yang jalan kat depan diorang pusing belakang. Pandang badi . Hahahahha. Lepas tu jalan senyap je.. hahahhah. Padan muka. 

Esoknya tiba-tiba Yaya pulak pengsan. Fuh masa ni lah aku rasa budak laki ni macam hero- hero negara . Haahahah acah-acah macam menyampah je, tapi kesian. Hahahha . Petang tu,budak kelas Seniman ni pergi library. Library kat tingkat atas. Tiba-tiba nampak Shahfik dengan Luqman turun amik stretcher. Haa. pengsan lagi la tu. 

Aku dapat agak dah memang Qistina, sebab dari semalam dia demam.Tapi sayang nak tinggal kelas,trial SPM masa tu dah dekat. Haaa, baikkan si Qis ni ? Kalau aku .. hahaha memang aku dah berjimba kat dorm je.

"Win,aku bet tu mesti Qistina" aku bisik kat Awin sambil buat kerja .Ustazah kat depan kan..

"Aah la. Aku pon rasa Qis, semalam pon dia demam kan."

Pastu aku pon nampak la Shahfik, Idan, Anuar, Luqman, bawak Qistina atas stretcher.Hahaha .

Pap! Aku sep tangan Awin bawah meja. Bet kitorang tepat . Hahahaha. Ish, jahat. 

"Aku tengok budak Seniman dengan Karyawan semua dah ada yang pengsan, aku tengah tunggu je budak perempuan ni sape yang pengsan dulu" aku cakap dengan Bear masa kitorang duduk library.

"Ah kau, kalau budak Budayawan yang perempuan pengsan, kitorang budak laki biar je. Campak kat bawah je " Bear cakap. 

"Isyh! Kau ni Bear ! Tak gentle siot! Kau tengok budak laki Karyawan dengan Seniman, elok je tau diorang bawak sama-sama. Huh!" aku marahkan si bear ni


Esoknyaaaa. Pagi tu, Nano ada cakap dengan aku dia sakit perut, macam gastrik macam tu la. Aku ingat sakit perut biasa je. Tiba-tiba masa pagi kat class tu, aku dah tengok je,si Nano ni lembik semacam tau. Dia lentok kat Yam. Masa tu first class  dah start. Kelas Sejarah. Haa. Bayangkan laa pagi-pagi,Sejarah. Mungkin tu salah satu sebab Nano makin sakit. Hahahah.Isyh, astaghfirullahallazim. Hahaha. Tiba tiba...

"Eh ? Nano? Nano?! Cikgu !" Yam dengan muka blur and terkejut dia tu. Panggil Cikgu Alif. Aku pandang je tengok si Nano ni dah lentok kat bahu Yam. Tak sedar langsung. Patutlah Yam panik.

Satu class macam senyap kejap. Nak hadam apa yang betul-betul tengah jadi ni. Lepas 2-3 second tu baru Cikgu Anuar datang kat tempat Nano. Cuba percik air... aku tengok muka budak lelaki kelas aku dah semacam je risau. Hahahah. Kelakar gila muka diorang masa tu. 

"Budak lelaki tolong saya panggilkan En.Ping"  Cikgu Anuar kata. 

 Budak lelaki ni diam...

"Woi, Faliq, Bear, pergi lah cepat " Ayun cakap.

Baru lah si Faliq dengan Bear ni menggelabah gerak keluar kelas pergi cari Sir Ping.
Sementara tu, kitorang yang kat dalam kelas ni, still senyap tengok je Cikgu Alif try angkat kaki dia.Nasib baik laa si Nano ni pakai tights hitam panjang kat dalam kain tau, takde la sexy sangat kan. memang huge credit la kat nano..sebab dia pakai tights hitam kat dalam, so any emergency tak de la 'seksa' sangat

Datang Faliq dengan Bear bawak stretcher dengan Sir Ping. Sir Ping ni cikgu Add Math and cikgu Chemistry  kitorang. Dia memang rapatla dengan kitorang. Kena pulak kelas sains 5 Budayawan ni sikit je. 15 orang je. 8 perempuan. 7 lelaki. Haaa, memang la Sir risau. 

"SYAZANAA??Syazannaa!!"

makin lama makin tinggi oktaf suara dia. kitorang yang dengar pon takut sebab dengar suara dia .

"Tak boleh ni. Dia tak stable, kena bawak pergi klinik."

Budak laki macam freeze je aku  tengok. Hahahha.

"Weyy! Korang ! Tolongla angkat dia atas stretcher tuu!" aku cakap . Eh blur betul budak budak laki ni. Haaa tu laaa beria konon tak kesah, sekali jadi depan mata, tak tau nak buat apa. Hahahah. Budak lelaki tujuh orang je kan. Semua tolong. Happy kejap tengok situation tu... 

Semua dah tolong. Pastu yang nak angkat Nano ni patutnya  empat orang je, tapi budak laki ni kalau boleh semua nak turun, hahahah. Kesian punya pasal. Last-last lima orang je . Lagi dua orang kena duduk diam-diam dalam class. Blajo. Haahahah.

Haaa.. tau pon kesian. Takde pulak sape-sape kena campak ke, kena guling ke bawah kalau pengsan kat kelas aku. Elok je budak-budak laki ni angkat. Hahahah.

Lagi satu is bila Aqish. Masa ni Aqish ni period pain tau, teruk gila. Dia collapse kat kelas sebab sakit sangat. Tapi budak-budak perempuan ni papah dia balik asrama . Idan... Idan ni terjal gila kat sekolah. Tapi sanggup bawakkan beg Balqis dengan baju gantung dia sampai depan Aspuri .Dia tak kesah pon kena walaupun dia tau cikgu mesti marah dia sebab lambat masuk kelas .  Aku tau cerita ni dari budak-budak teater, fuh.. memang aku rasa budak-budak teater ni rapat betul kan. Haih. Alhamdulillah laa... untuk semua ni :)






Wednesday 9 December 2015

# Dataran Tilam Kedua

Ini merupakan antara insiden yang memang aku rasa majoriti budak aspuri ingat kot. Yang tahun 2010 ada kat sekolah la. Sebab time tu Form 1.It was just a normal day. Hari biasa je. Malam,semua orang dah tidur. Aku kan dorm bawah, dorm 10. Dorm pertama la senang kata.Tengah tidur sedap-sedap ni. Esok sekolah doh. Esok hari Isnin doh . Ooh lupa. Masa ni Johor belum cuti Jumaat Sabtu macamni. So MONDAY BLUES tu still ada. Tiba tiba..

"ASPURI !! KELUAR !! ASPURI!!!!! TURUN DATARAN !!"

Tiba-tiba dengar suara lelaki dekat luar dorm? Aku dah terbangun dah. Yam, Mira dengan Kak Aji pon dah tersedar jugak. Aku selak langsir, aku tengok Ayahanda Ayie kat dataran asrama! 

"RAZANAH SYAIRAH! TISHA JAMALUDDIN! TURUN DATARAN !! ASPURI !! TURUN !"

Suara Ayahanda Ayie masa ni memang mengamuk betul ni.

 'Aduh dia, ni tak boleh tunggu esok ke haa' . 

Kitorang yang kat dalam dorm ni cari towel tutup kepala, yang mana pakai seluar pendek,terus pakai kain batik, yang pakai telekung terus pon ada. Aku keluar dorm selubung selimut je. Hahaha kesah apa aku! Aku lagi cuak tengok Ayahanda Ayie ni mengamuk macam orang tak betul pagi-pagi buta ni wei. =='

"Ni apahal ni, Ji ?"  Kak Yan tanya Kak Aji.

"Ada budak fly kot" Kak Aji jawab. 

Aku keluar-keluar dorm tengok-tengok budak-budak aspuri ni, kelakar gila siot...hahahah aku ingat aku je yang teruk selubung selimut. Ada yang turun bawak teddy bear, bantal busuk semua lah !Hahahha beratur la ikut dorm.

"Korang ni takde otak ke apa ha ?! Mana Razanah Syairah ? Kau sini !!"

'Aduhmak dia ni.. da la kejut orang pagi-pagi buta, pastu maki kita takde otak pulak, aku baling jugak bantal busuk aku kat muka dia ni kang ! '

Ye la, aku dorm 1st, duduk depan! Macammana aku nak tido? Yang dorm atas-atas tu barisan belakang, boleh la tido ! Yang Kak Zana ni pon . Dia fly keluar asrama berdua je tak silap aku. Dah balik asrama  dah pon ! YANG AYAHANDA KEJUT SATU ASPURI NI KENAPA !!!!'

Ayahanda Ayie pon sambung makian dengan yang sama waktu dengannya tu, kat Kak Zana dengan Kak Tisha yang berdiri kat depan tu.(Tak silap aku Kak Tisha kot). Kitorang yang lain-lain kat dataran ni terpaksa mendengar..ofkos dengan muka toya...muka ngantok tu satu hal la. Ya ALLAH aku memang bengang betul dengan ayahanda masa tu.. pukul empat pagi wei! Esok sekolah! Ada perhimpunan lagi! Pukul 5.30 da nak bangun! Ada dalam setengah jam jugak kitorang kat dataran tu.


Lepas tu, semua boleh masuk dorm. Huh! Pagi tu kat perhimpunan senyap je...masa cikgu-cikgu berucap semua senyap je.. ahahaha kita balas dendam setengah jam yang Ayahanda Ayie amik pagi tadi. Hahaha ye la, masuk kelas nanti lagi payah nak tido. 

Tapi yang ni kira elok lagi tau. Pernah sekali tu, semua budak aspuri kena tidur kat dataran. TIDUR KAT DATARAN,dataran tu bukannya mozek ke apa ye adik-adik sekalian...dataran tu cuma batu-batu yang rata, kasar memang kasar lah. Kena pulak masa tu,belum ada lagi bumbung untuk tutup langit kat atas kepala. Senang kata kalau hujan, memang beramai-ramailah kami mandi berjemaah, boleh basah-kuyup beb!

"SELAGI TAKDA ORANG YANG MENGAKU SIAPA YANG CURI MP5 AINA NI, SEMUA ASPURI JANGAN NAIK DORM!" Bonda Yus bagi arahan.


Aku dah malas nak fikir.Benda pelik-pelik macamni memang boleh jadi je kat sekolah ni. Kang aku cakap lebih-lebih kata biadap pulak.Ye lah yang mengamuk datang pukul empat pagi, lelaki pulak tu, pon boleh jadi. So bila kena tidur kat dataran ni apelah sangat kan..at least tak kena maki. 

"Yam, jom lah masuk dalam, amik bantal selimut semua."

"Jom" balas Yam. Hahaha dengan Yam ni senang je, dia okay je. Hahah.

Sebab aku dah nampak senior-senior aku dah mula masuk amik bantal, amik selimut semua lah.So malam tu memang bergelimpangan la budak Aspuri macam zombie kat dataran tu. Dataran tu memang sejuk ye anak-anak sekalian. Dengan takda bumbung lagi... angin malam tu, pehh, macam pakai air cond. Tidur atas lantai yang berdebu,berpasir lagi kasar kematu itu..

'Betapa berat mata memandang, berat lagi.. menanggung bebannya. Belum sempat menitis ke pipi, tangisan jadi sendiri...lalalalala'
Tu lah lagu yang aku nyanyi sebelum aku tidur. Hahahaha.Tiba-tiba,

"Te'a.. bangun Te'a. Masuk dorm." Kak Teha(Sarah Fatehah) kejut aku.

Terkebil-kebil aku bukak mata.'Sedap pulak tido kat sini,' aku bangun.. pusing belakang aku tengok dataran da kosong dah, tinggal 3-4 orang yang EXCO-EXCO baru nak kejut.

 'Eh? Zombie-zombie dah takde.'

Ahahaha. Aku masuk dorm sambung tidur, atas tilam yang empuk dan bantal yang lagi empuk. Baru tau nak bersyukur ada tilam. Hahahha sebab dah pernah rasa tidur atas lantai macam tu punya kasar. Rasa macam homeless pon ada gak masa tu.

Haih...

# Port Barang Larangan :)

Asrama life kan... mana masyuk kalau tak bawak benda larangan. Kena pulak sekolah seni ni .Cikgu-cikgu dia rajin buat spotcheck besar-besaran kat asrama. Macam rewang aje aku tengok kalau sekali diorang buat tu . Hahahah . Bila ada bahan larangan, mesti ada port untuk benda larangan, even nama panggilan pon ada . Hahaha. Contoh dia, laptop. kita tuka dia jadi nama binatang . Nama dia ? Lappy ^^. Comel kan? Hahah macam nama binatang. So, dalam batch aku ada expertise part-part simpan barang larangan ni. Ceh, macam kareer pulak kan. Hahhaha tapi serious la... memang berjaya sungguh.

Layla. Layla. Hahaha biasa memang kalau ada rumours (cehh), hahah, yang kata dalam week tu akan ada spotcheck, memang kebiasaannya kebanyakan phone memang telah diserah secara rela hati ya? Kepada Layla untuk 'diselamatkan' hahahah.

Dulu, kalau kat asrama lama, dia cerita kat aku, dia akan cari jalan selitkan phone tu dekat tingkap toilet belah luar. Tinggi woi. Aku pon tak tau la toyol mana tolong dia panjat tingkap toilet dorm tu, hahahha. Kena pulak dorm dia ni memang belah menghadap hutan... So, memang selamat la. Unless cikgu-cikgu tu panjat keluar tingkap, tingkat 4 asrama tu. Haaa..  

TAPI...

Bila dah pindah sekolah baru, toilet kat belah dalam. So kalau dia buat taktik lama, cikgu-cikgu memang nampak la plastik yang balut phone tu.=='.Hahaha tapi.. Layla lagi pandai.. dia dapat dorm atas sekali. Katil tingkat atas. Haa. Kalau dia bangun tido. Dia boleh pegang siling bumbung atas kepala dia tu . Hahahha so...

Dia pon kokakkan bumbung tu, dengan bantuan ahli dorm dia yang aku komfem, Balqis mesti join. Balqis tu jenis kasar-kasar manja. Dia suka kerja panjat-memanjat ,punah-memunah harta benda sekolah ni. Hehehe (mati aku kalau Qish baca ni) . Diorang tolak bumbung tu.. gelap jangan cakap la. So diorang pon masukkan la phone-phone kami semua (aspuri) kat atas tu. Haaaaaaa pandai tak?.. setakat yang dia jaga,belum pernah kantoi kot. hehehhe. 

Layla dari Form 1 sampai Form 5 bawak phone.. hahaha superb kan ? Gamble je minah ni.

Masa aku Form 5, aku kan pegang jawatan Penolong Ketua Asrama ni. Aku pulak dorm bawah. So, ayahanda (warden) memang rapat jugak la dengan aku. Tiba-tiba one day ni,

"Saya nak buat spotcheck la kat aspuri ni." ayahanda kata.

"HAA?!"


Ye la.. ? Kau gila ke apa? Aku dah la bawak phone time tu, baik pulak dengan ayahanda. Dorm aku dah la majoriti juniors. Isyh kalau dah Form 5 phone kantoi lagi, malu bhaii. Isyh tak boleh ni. Mesti ayahanda check dorm bawah dulu kan.. alah.. macamana ea, macamna ea.
haih, kalau lah ayahanda tau aku bawak phone ni, mesti dia kecewa tahap dah tak ngaku aku anak murid dia lagi dah lepas ni.. :'( huuuuuuu..huuuu.. saya bawak sekali tu je ayahnda.. (masa form 5 la) lepas tu tak bawak dah, saya tak suka la cakap kat public phone tu, duit syiling saya tak banyak, tak puas saya nak mengadu,melalak,dengan mak saya, lagipon ayahnda, masa tu public phone rosak. saya tak sanggup tahan rindu pada ibu saya . (cehh, acah-acah je) hehehe , 

"Ayahanda cadang nak buat bila?"

"Malam ni lah, lepas maghrib."

Bapppokk... menyesal aku tanya. Aku balik dorm. Cari phone aku. Nak bagi Layla, dia jauh sangat pulak kat tingkat 4. Lagipon kalau aku bagi Layla, kantoi la dengan budak dorm dia. Aku dah la MT asrama. Aduh. Fikir Te'a.. fikir... apa je ada kat dorm tu ? 

Dalam loker, ayahanda check..bumbung tak boleh bukak, dalam baldi kang basah,masuk plastik pon risau jugak aku, nak tebuk tilam ,tak sempat ni .lagipun tilam baru tu.. kesian budak-budak tu tahun depan.
Ahaa! Kalau tempat tersembunyi tak boleh...kita letak tempat terang-terang je lah...tapi kalau kena kantoi, kau redho je lah. Depan dorm ada ampaian kan.. haaa. So, aku amik sling beg aku, konon-kononnya jemur kat ampaian laa. Padahal nak elak kena check dengan ayahanda. Aku letak phone aku dalam tu, then sidai kat ampaian. 

Malam tu..

Bila ayahanda masuk dorm, aku borak macam biasa la dengan ayahanda... macam tak takut langsung.. macam takde phone langsung yang aku tengah sorok kat ampaian luar tu.. aaah. Fuh payah bhai... jantung aku ni macam nak gugur bila ayahanda keluar dorm. Ye lah, depan dorm aku terus je ampaian tu. Aku tengok ayahanda.. terus je gerak naik atas.

Phewwww, ALLAH tolong kau kali ni. 

"Haaa, cuak kan? Aku da cakap jangan bawak. Kau degil. Haaa muka tu aku tengok macam baru lepas kena cekik je. Cuak dia tu "


Awin ni =="

MINTAK AMPUN, AYAHANDA...
ADIK-ADIK, DILARANG MENIRU AKSI-AKSI NTAH APA APA NI YA.

Tuesday 8 December 2015

# Shy Shy Dog

" Pinjam gunting ! " Aku kata kat Hafidz. Mamat ni tak biasa sangat dengan perempuan.. Dengar cerita,dulu sekolah islamik sikit dia ni. Sekolah Islam Hira' ke apa kat Klang. Camana ntah termasuk sekolah seni...hehehe. Boleh bayangkan la kan macamana pemalu dia tu. Pandang perempuan pon sekejap-sekejap sangat. Diam je. Pengawas. Aku geramm je tengok dia ni.. dia memang tak layan langsung perempuan...yang aku nampaklah... Lagi pulak dia malu-malu sangat. Memang jadi mangsa aku la nak kenakan. Aku tau dia memang awkward kalau bab perempuan ni.. .So one day...

Heeheheheh.

Kitorang tengah hias kelas, 1 Balada. Biasalaaa Form 1..tengah gunting-gunting  kertas warna, tengah ubah susunan meja, tengah tampal hiasan kat dinding kelas... So, aku kan malas. Aku amik kerja paling senang la. Aku pon guntingla kertas. Haritu aku tak bawak cutterSo pakai la gunting. Dah siap gunting tu, aku nak tampal kat dinding la ni.. 

"Eh? Ala.. ada yang tak potong lagi" Aku cakap. 

Aku pandang belakang. Nampak Hafidz tengah gunting kertas, aku pon hehehe... datang.

"Wey, pinjam gunting."
Aku malas nak tunggu dia jawab. Aku terus amik dari tangan dia. Aku pakai kejap. Pastu aku letak balik kat tangan dia. Hahahahahah. Alah kejap je . Tak sampai 20 sec pon. Dia terkejut kot, dia macam freeze tengok aku selamba amik gunting tu dari tangan dia. Hahaha

" Thank you ^^ "

Hehehhe aku pusing belakang. "Yes ! Merah padam muka kau ! Hahahha malu la tuu. " Aku cakap pelan-pelan. Aku usha sikit,dia tengah terkebil-kebil. Slow-slow,dia sambung buat kerja dia. Hahaha. Betul punya baik la budak ni.. tak boleh jadi ni. Hahahha.

Kebetulan masa tu dah dekat dengan ujian first. So, we're allowed to prep kat kelas masing-masing. Aku tengah study Maths.Cehh, konon-konon paham la. Padahal... masa tu, haram tak faham. Hafidz ni memang power gilaa Math. He he he he. Tau la kan aku buat apa. Alah, dia pon duduk kebetulan tak jauh dengan aku.. apa salahnyaa kacau orang pemalu ni.. hehehee . Hahahhahah.

"Wey Hafidz, ni macamana nak buat ?" TOING! Aku tiba-tiba muncul sebelah dia. 

Dia teperanjat jugak kot tengok aku (perempuan)duduk dekat dia macam tu. Elleh bukan kena pon. Heh.==' .  'Ntah apa-apa je mamat ni. '

"Hah? Mana.." Dia kata !


Aku masa tu, 50/50 jee, kang ade jugak mamat ni reject aku. Takpon dia cakap dia tak reti. Tapi dia pon taklah jahat sangat aku tengok. Nak jugak dia tolong aku...walaupun muka dia tu dah merah macam udang kena bakar. Hahahha. Kelakar siot.

So, dia pon ajar laaaa.. ecceh, tapi serious la aku faham doh. Dia pandai ajar orang siot. Ke aku yang mengada ngada ni.. ==' . Ahh dah malas nak layan. 

"Faham tak ?" dia tanya.. 

Aku pon cakap. " Faham laa. Aku confuse sikit je tadi.Thank you ! "

Aku bangun ,tiba-tiba aku dengar suara budak laki.

 "Uisyh Hafidz, uisyh, happy aa tu ?"

Aku pelik. Happy ? Kenapa lak? Ajar aku happy ke? Haaa..
Ntah bia laa. Malas nak fikir mamat ni.

Sekali lagi insiden is... aku suka main cutter. And dia ada cutter. One day.. aku tengah main cutter tu bawah meja , tiba-tiba kantoi dengan cikgu, sebab dia cakap!! Hafidz cakap!!!

"Cikgu, cutter boleh bawak pergi sekolah ?"

Aku dah pandang je mamat ni, 'Cari pasal dengan aku dia ni.'

"Tak boleh laa. Kenapa ?'

"Saya nampak ada orang main cutter kat bawah meja. "

Aku .. WTH mamat ni woi !!! Alaaaahh, alah alah... apa masalah dia ni!!!! woii.!!!

"Fatihah! Kamu takde kerja lain ke ? Bak sini pisau tu ! "

"Eh laa, cikgu, okay okay saya simpan, saya simpan."

"Takde!Bagi sini pisau tu" Cikgu Roszilah hulur tangan..

Haih, aku boleh buat apa je lagi, aku bagi la cutter aku tu..
'siap kau Hippo,(Hafidz), kau tunggu laa. ' 

So, masa rehat tu, aku tau dia ada cutter. Aku pon rembat cutter dia. Hehehehe bagi kat cikgu..pencil case dia aku pegang. Hahahaha padan mukaaaa.

"Cikgu, nah. Saya jumpa dalam pencil case Hafidz."

Tengah cakap tu, time tu jugak la dia masuk kelas, berebut dia datang tempat cikgu. Aku senyum penuh kegembiraan, kebahagian dan kepuasan ofkos. Hahahha. Aku datang tempat cikgu nak mintak balik cutter aku tu. Cikgu warning aku dengan dia pasal cutter. Blablabla.

Aku nak amik cutter tu. Dia rampas then pusing satu kelas. Kau rasa aku nak biar ? Hahahha memang tak laaa. Memang aku kejar laaa. Hahahah.
Pastu aku teringat, aku kan ada pencil case dia!! Haa ! Ni modal baik ni!


"HAFIDZ!" sambil tunjuk pencil case dia. Hahaha ni turn aku la pulak pusing satu kelas. Dia kejar kat belakang... hahahahha. Nak main-main dengan aku. Tengah main kejar-kejar ala ala kuch kuch ho tahi ni tiba tiba... group budak-budak laki masuk kelas.

"Wuih! Ustadz Hafidz main kejar-kejar dengan Te'a?"

"Fuh, sweet siot" Oton kata. 
Yang lain gelak. 

Aku dengan dia stop. Aku macam baru sedar. Hisyh apa benda aku buat nii...aku terus letak pencil case dia atas meja, aku kluar....
'Malu siot, apa benda aku ni .Dah kena sampuk ke apa, sampai main kejar-kejar bagai. Eeisyh.'

Aku masuk kelas balik. Cutter aku dah ada atas meja. Start dari hari tu.. dia tak pernah langsung tegur aku. Avoid aku habis-habisan. Aku pon.

To be continued.

P/S: sorry kalau tak tepat kay gais, real story based on real memories, ni pon cerita time form 1, berzaman sangat dah , heheh thank you for reading :)

Monday 7 December 2015

# Sayangku Bonda Kayy

So, masa kitorang Form 2. Terwujudlah sebuah kumpulan yang dinamakan SEKAUM.
Mana datang? Kenapa nama dia tu? Jangan tanya aku. Aku pon tak tau . Ntah mana datang. We consist of 12 person from different bidang and class. Senang kata antara murid yang paling cikgu dan rakan-rakan satu batch menyampah lah. Sebab selalu menyusahkan mereka. Aku,Balqis,Ayun,Yaya,Nad,Lulu,Tia,Wani,Nana,Yam,Blusher,Echa, haa...cukup.
Hahaha standard la baru Form 2 kot. Biasa la group-group ni. 

Macam kami, ada kumpulan SEKAUM untuk budak perempuan, budak laki pon ada jugak group yang lebih kurang sama fungsi dia dengan kami ... ceh. Hahahah nama dia.'SEJAMBAN'. Sekali lagi , jangan tanya aku kenapa nama dia .. hahah. 

Macam-macam benda dah kitorang buat sama-sama masa Form 2 ni, antaranya. Kami adalah sangat malas nak turun surau, WALAUPUN surau aspuri tu letaknya dalam satu bangunan yang sama, tingkat dua je.Tak jauh sangat pon. Tapi ntah la masa tu teruk sungguh.

"ASPURI YANG BOLEH SOLAT, TURUN SURAU SEKARANG" Suara EXCO Kerohanian.

Dia jerit dekat 10 kali ada jugak rasanya. Eergh.. malas la nak turun surau tu, dorm aku dah la tingkat 4. Nak turun tingkat 2, naik balik tingkat 4... pergi prep turun balik. Haihh.
Ingat aku suka sangat ke naik turun tangga tu ==' . Aku memang nak kurus tapi bukan dengan cara naik turun tangga tanpa kerelaan ni. 

Aku dengan Yam kat dorm. Tia tengah buat ape entah kat katil dia. Yam tengah main gitar, aku tengah kemas-kemas loker. Kak Dila kat dorm sebelah tengah nyanyi-nyanyi. Hahah. Tiba tiba !

"WEI ! BONDA KAT TINGKAT 3 WEYY !! SEMBUNYI !"

Lulu and semua budak SEKAUM serbu dorm aku, menggelabah gila aku, Tia dan Yam .

"Oi  jiran sebelah oi...BONDA KAT TINGKAT 3 NI!" Si Wani pesan kat Feeqa melalui toilet la ofkos, pemisah dorm kitorang kan toilet tengah-tengah. Hahah.

"Omakkau patah meletop surau jatuh bonda woi, woi, woi!" dengar suara kak peja melatah dari dorm sebelah.

Aku daripada dorm tengah menggelabah tutup lampu dorm,Yam tengah sembunyi dalam loker, Tia masuk bilik stor dengan budak-budak yang lain.  . Ktang!Tung!Bang! 

'Uih, kelam-kabut betul orang seblah aku ni.'

"Wei Yam, kita masuk je la dalam stor sekali."

So aku dengan 12 lagi member aku ni sembunyi sesenyap-senyap yang mungkin dalam dorm ni. Punyalah doa, ya ALLAH, kau buat la dorm aku ni invisible kejap kat mata bonda ni. Alah ,alah, alah...

"Wey, doa wey, doa."

Si Wani pesan kat kitorang.

Tiba-tiba aku dengar suara Bonda Kay menengking budak-budak dorm sebelah.


"NI BUAT APA LAGI NI!! YA ALLAH ! KAMU TIDUR ? GITAR NI BUAT APA? BANGUN! TURUN SURAU SEKARANG !!!!"

Fuh , telan air liur jugak aku dengan budak-budak ni, fuh..lepastu aku sempat nampak lagi Kak Tisha kot main sembunyi-sembunyi dengan bonda  kat toilet, hahahha
bonda kat tempat shower, dia kat tempat mandi. Lama jugak . Sampai last-last bonda tunggu je kat tepi tu. Kak Tisha lari sorang-sorang. Bonda tangkap. Kantoi !

Lepas tu tiba-tiba senyap. Kitorang agak,bonda tengah otw nak pegi dorm ni la kot. Semuanya cun, memang nampak macam dorm aku ni takde orang sebab semua lampu dah tutup. Aku pon perasan bonda memang dah nak bla .Tengah bonda baru nak bla. Dia still kat pintu tu sambil pegang gitar yang dia rampas. Oohh lupa nak cakap, dia pakai telekung.
Hhaaaa bayangkan la macamana rupa orang pakai telekung pegang gitar macam nak belasah orang tu... huwaaaaaa. Tiba-tiba!

"Wei, dah la... bonda dah takde!" Blusher cakap.

Kitorang semua mati-mati ingat semua ada kat belakang aku, senyap. tiba tiba. TOING 
 Blusher kluar ! 

"Wei Blusher !" Lulu bisik kat tepi pintu.

"Aduh mak! Aku cekik jugak Blusher ni kang " Tia kata.

"Sher ! Woi !" Aku ,Yam, Aqish jerit. 

PRANG !!!!!Dia hentak gitar tu kat pintu dorm aku! Nasib baik...tak patah.

"KAMU INGAT BONDA TAK TAU !! DAH ! KELUAR SEMUA ! TURUN SURAU! SEKARANGGG !!!"

Kami pon terkulat-kulat keluar dari  stor tempat persembunyian tu. Nak marah Blusher pon dah takde guna. Redha je laaa turun surau. Sampai je kat surau ingatkan boleh la solat terus kan. Hehehe act macam takde apa-apa jadi je la. Hahahha, tiba-tiba... 

"YANG BONDA TANGKAP TADI ! SOLAT KAT KORIDOR!"

HAAAAAA?!!?!!?!!? DIA GILA KE APA!! Dia suruh kami semua solat kat koridor depan surau! TELEKUNG AKU SIAPA NAK BASUH LA OI !


"Telekung aku dia nak basuh ke siott !!" Nad kata .
"Entah! Dia ingat koridor kita tu batu marmar ke ?!" Lulu dan  Nana pulak.
"Batu marmar amendanya ? simen kokak je wey " Yaya kata.
"Eei, aku geram siot " Yam kata.

Tengah kitorang membebel-bebel ni, bonda jerit.

"TUNGGU APA LAGI?! CEPATLAA !"

Kitorang pon menggelabah la amik tempat kat luar tu, ye lah kang buat lambat lagi dia suruh solat kat dewan makan pulak kang ! =='.
Kitorang pon solatla kat luar, sejuk jugak kat luar tu...nyaman je. Kalau macamni, okay je kot.. ehh ! Takde-takde! Kotor telekung aku ! 
Ingatkan sampai situ je la denda kami. Rupanyaaaa.....

"Mulai hari ni 12 orang yang bonda tangkap dekat dorm 23 tu."

Nama dorm aku jugak naik ==' .Da la aku Ketua Dorm! betul la budak-budak ni.==

"Bonda lantik jadi AJK Kerohanian."

"HAA?"  Tia, Ayu, Wani, Nana jerit serentak.

"Ha yelah, kamu yang payah sangat nak turun surau kan? Lepas ni kamu yang panggil aspuri pergi surau selama 3 bulan! " Bonda Kay bagitau dengan tenang nyaaaaa 

"3 BULAN!!!" Aku dengan Lulu pulak terperanjat beruk. 
Aduhhhhhh! 3 bulan lama siott ! 

"Dan .. DORM 22 yang saya rampas gitar dia ni, akan check setiap dorm turun surau ke tak selama 3 bulan juga. "


Padan muka kau. Tu la ejek sangat EXCO Kerohanian tu pangil budak solat. Ni dah kena batang hidung sendiri ! Haa . Hadap ! hadap!


So bermula dari hari tu, kedengaranlah  suara kami yang CERIA ni panggil aspuri pergi surau! Macam-macam gaya kitorang buat, sampai kena marah dengan senior,sebab main main.contohnyaa...

"YAA ASPURI! MARILAH KITA BERSAMA-SAMA KEMBALI KE JALAN ALLAH !!"
Aku laung kat aspuri.

"ALLAH..ALLAH..." si Yam dengan Lulu buat suara latar. Hahahhaha.
Pastu kitorang buat gaya lain pulak .Sampai la kena marah dengan senior. Sehari dua tu kitorang buat la gaya elok sikit. Lepastuu.. kita buat balik! Hahaaha. So duration 3 bulan tu terasa kejap je. Hahahha.