First day aku dekat sekolah seni ni kira awful jugak la. Menggelabah sana, menggelabah sini, itu tak dapat, ini tak boleh. Ibu dengan aku pergi dewan mini dengar taklimat Form 1. Tak tau pulak masa tu dorm dah boleh masuk, so, I end up being the last person yang masuk Dorm 10. That is dorm bawah sekali, yang pertama. Dorm 1-9 Dorm Aspura.Dorm 10-25 Dorm Aspuri.
Aku masuk dorm tu dengan bawak barang banyak, tengok-tengok loker semua full. Setiap orang akan dapat satu loker besar and satu loker buku. Yang kecik. So aku cuma dapat locker kecil. SAHAJA. Nasib baik laa, ada Kak Syima yang sanggup nak share loker besar dia dengan aku. Setahun jugakla aku menumpang baju gantung aku kat dia. Untuk loker buku pulak, Kak Aji yang sanggup kosongkan rak buku dia bahagian bawah supaya aku boleh letak barang-barang dengan buku aku kat situ...haaa nampak tak? Baik kan? Sampai sekarang aku terhutang budi dengan diorang .
Minggu Orientasi aku sangat menyakitkan hati...biasa la freshie, nak pergi makan malam pon kena beratur ramai-ramai kat dataran macam anak kambing. Lepas tu tunggu semua dah siap, maka keluarlah kami anak-anak kambing ini beramai-ramai dari kandang (asrama). Fuh, malu siot!
Masuk je DM . Aku macam dapat baca je apa yang senior-senior aku tengah cakap.
'Oh, ni la muka-muka freshie tahun ni .. '
Aku tengok diorang da macam harimau yang tunggu masa je nak baham kitorang. Agaknya diorang nampak aku ni macam lamb chop ke ?
Masuk DM ramai-ramai tu memang lah dah malu, lepas tu diorang tetapkan pulak EXCO setiap meja Form 1. Aku dah rasa macam jadi banduan pon ada masa tu ==' . So masa tu aku makan lah dengan budak dorm yang lain, Yam, Layla, Fify and Mira. Aku memang lapar gila masa tu . Aku tengok nasi ayam depan mata ni macam tak cukup je.
'Apasal la aku amik sikit sangat nasi ni tadi... '
Pap! Aku terdiam. Aku pandang cawan aku yang dah jatuh bagai teratai layu di tasik madu, terkulai layu kat sebelah aku...aku tersiku cawan tu tadi...Habis aku nak minum air apa ni? Segan la nak bangun. Yang si Yam dengan budak-budak lain ni dah gelak sakan laa...tiba-tiba..
" Wey, nasi dia jadi pulau lah ! " Yam kata.
Aku pon pelik? Haa? Pulau? Aku pandang nasi ayam aku. Ya ALLAH kenapa besar sangat ujian KAU dengan nasi ayam aku... ya ALLAH Huwaaaaa !!! AKU DAH LA LAPAR... !
Aku pon konon-kononnya gelak la sekali dengan diorang.Ye la, dah tu? Takkan lak aku nak melalak kuat-kuat kat situ. Walaupun itu la sebenarnya yang jadi dalam hati aku wey.
"Eh, laa. Ni kenapa ni ?" datang Kak Zakira.
Aduh, tanya lagi pulak, takkan lak aku suka-suka main air kat nasi ayam aku tu, mesti la tumpah.Huh.
"Tumpah". Ringkas je aku balas.
Pastu Kak Zak ni bole pulak gelak dengan kawan dia yang kat belakang aku ni, aku pon senyum la sikit. =='. 'Ape yang kelakar sangat ni.'
"Takpe, pergi la ambil nasi baru, boleh.."
Aku segan la kan mesti punya. Tapi nak sangat-sangat.
"Takpe lah kak, lagipun tadi dah makan dengan ibu ."
"Ape sal kau cakap macam tu Fatihah !!!! Kau kan lapar ! Hah, padan muka , kebulurlah kau malam ni."
Lepas tu Kak Zak dengan member dia pon senyum, then dia bla. Macam tu lah tamatnya riwayat nasi ayam pertama aku kat sekolah tu. =='
No comments:
Post a Comment