LISTEN :)

Monday, 4 January 2016

#Kau Nak Teman Aku Ke ?

This is Layla :)
The main character for today's entry. Eccewah. Hahahahahah. And that is also studio viscom kitorang. For that year , its just 6 of us. Ayun,Layla,Fify,Fatin,Amir and aku :)
Banyak orang fikir, budak viskom senang aa, ngadap komputer je. Meh try buat, aku tengok...betul ke kena ngadap komputer JER? Haaa.. Viscom is like kau melukis dalam komputer.So before kau lukis dalam IMAC tu dengan elok,kau kena tau lukis kt kertas.  
 The process is stilI the same, kitorang still kena buat perspective drawing, watercolour, artwork on canvas, acrylic, soft pastels. Sometimes even more,budak lain tak payah buat pointilism pon, tak payah buat digital dengan analytical drawing pon...tapi budak viscom? Yeee. Pointilism tu...kau kena hasilkan satu karya cuma menggunakan teknik 'titik' sahaja. Sahaja ye anak-anak sekalian... aku pernah kena buat pontilism kat kanvas yang sebesar ntah apa ntah. Separuh nyawa siapkan. Tengah-tengah buat ada pulak yang bunyi..

"Wey, kau tak rasa sia-sia ke buat benda ni.?"

"Macam bodoh je wey... kau titik kat benda besar macam ni ?"

"Bapak aaaa, mati hidup balik aku tak buat pointilism kau ni Te'a."

Terima kasih atas segala komen bernas anda,yang kuatkan aku untuk terus siapkan jugak artwork tu,punya nak buktikan artwork tu mesti gempak kalau dah siap (padahal aku pun first time buat ==) sampai hari submission aku memang da nak give up sebab background dia tak settle. Kena pakai soft pastels. Time tu pulak...tangan asik berpeluh je, so tak boleh nak buat...warna tu tak lekat kat tangan.Kawan-kawan laa yang tolong, aku dah terduduk dah.

Ni la artwork pointilism tu :)
"Weyh Te'a ? Kau okay tak ni ?" Anep tanya.

Aku diam. Angguk.

"Dah, dah...kau pergi duduk dulu, background dia ni biar aku,Adam dengan yang lain-lain buat. "Awin kata.

"Eh, Win..." Isyh, aku ni susahkan diorang pulak...

"Dah, tak payah. Kau pun..muka, aku tengok dah macam orang hilang anak je.Berapa hari kau tak tido ni?" potong Luqman .

"Seminggu je..."

"Makk ai!!" Luqman marah and sikit membebel . 

And at last...settle jugak. Alhamdulilah, berkat kawan-kawan tolong... masa buat art exhibition BioArt kat Persada...ada orang minat dengan artwork ni. And Alhamdulillah, it is sold...dalam RM700 lebih kurang.Haih...sebenarnya tak nak jual pon. Penat buat, lepas tu tengok orang lain ambil pulak... hm. Tapi tak pe laa. Rezeki Allah tu maha luas :)


Okay jauh melencong kan? Hahahha. So,back to the story. This happen lagi few days before pentaksiran kesenian. Memang  kitorang semua akan pergi studio RB (Rekabentuk) untuk siapkan few kerja yang tinggal. Masing-masing dengan kerja masing-masing la. As usual, budak viscom punya part is...tag,banner,shirt,bookmark. Semua yang terlibat untuk dipakai dan digantung masa hari pentaksiran tu lah.

"Weyh,tag kita ada yang tak cukup la... aku lupa nak print untuk jurulatih punya." Layla cakap kat aku dengan Ayun yang kat luar masa tu .

"Aa..pulak?! Esok print la ?" Aku suggest je. Hehehe.

"Eh, kau ni...esokkan kita nak bawak semua product,IMAC pindah orkestra..." Layla pandang aku.

"Aah la... esok dah kena standby... hmm." Aku baru ingat.

 "Eh, Amir tak de nak masuk studio ke hari ni ?" Ayun tanya si Layla.

Kena pulak timing, Amir keluar. Dia cakap kat aku, Ayun dengan Layla kat luar tu.

"Aku nak masuk studio ni,nak betulkan design bookmark sikit. Nak ikut tak ?" tanya Amir.

Heehehehehehe rezeki kau laa Layla. So Layla pon ikut laa. Dengan Ayun sekali. Memang patutnya kitorang mana laaa bole masuk studio tu kan. Hehehe. Tapi,kalau tak masuk, esok mesti kena marah dengan ayahanda punya,sebab buat kerja last minute. Solution dia, is... memang kena pecah masuk studio. So yang pergi naik atas tu bertiga je la. Ayun, Amir dengan Layla.

"Mir,kau sure ea selamat ?" tanya Ayun .

"Iye... alah, asalkan senyap...chill la. Nak buat kerja. Bukan nak rembat barang pon ==" Amir balas dengan confidentnya.

"Cepat wei, aku takut kantoi kang, tak pasal-pasal effect band kesenian kita time pentaksiran tu kangg." Layla desak sikit.

So diorang pun masuk studio vscom tu. Kalau malam, memang gelap ye...sebab ada langsir kat setiap tingkap kan...kalau siang pon, kalau pintu tutup semua, macam malam. Ayahanda kata langsir tu penting untuk mantainance (betul ke aku eja tu ? 0_0) komputer supaya tak panas sangat. Langsir dekat studio tu memang tak pernah diikat. Haa..bole bayangkan la gelap dia macamana...pagi pun gelap, malam macamana la pulak kan...

"Makk aii. Gelapnyaa." Layla kata, masa baru masuk tu..
"Aah doh. Semacam je..." Ayun kata.
"Kau jangan nak semacam macam kat sini Yun...dah dah. Buat kerja, lepas tu kita cepat-cepat bla." Amir bagi order.


This is Amir. Haaa...ni lebih kurang la suasana dalam studio. Cuma time ni petang...yang berlaku ni bayangkan benda yang sama, cuma gelap. Tak de lampu. Yang ada pon lampu IMAC sahaja. Oh ya, sebelah kiri Amir tu Ayun ye. And, sebelah kanan Amir, aku, then Layla. So, malam tu aku tak ikot. Kira sebelah Layla kosong, baru Amir. 

"Weyh,korang stay kejap ea. Aku lupa nak bawak pendrive. Aku gi amik kejap." Kata Amir .


Masa tu, diorang dua orang (Layla dengan Ayun) ni pon macam biasa je la. Okay je la. Amir pun keluar. Tinggallah, si Ayun dengan Layla. Masing-masing senyap, fokus buat kerja sambil nak lawan rasa takut yang ada, dengan dalam gelap tu,ofkos la cuak... hohoho. Tiba-tiba Ayun cakap,

"Layla, aku pergi tengok Amir kejap aa. Lama sangat pulak dia ni. Dekat 20 minit dah ni."Ayun kata.

"Ehh kau Yun... bia betul nak tinggal aku ?! " Layla macam tak percaya la kan.

"Kejap je, aku nak tengok kat depan tu je... tak turun bawah pon." Ayun yakinkan Layla ni.

"Haa.. ye la, jom la. Aku teman kau keluar. " Layla pon agree.

Layla pun teman Ayun keluar. Then,dia masuk studio balik... memang tinggal dia sorang je la kan dalam studio tu. Dengan gelap lagi. Fuhh. Gila tak gila si Layla ni.... kalau aku, aku ikut jugak Ayun ,tak kisah la dekat macamana pon, hehehe.
So Layla pon pergi balik kat tempat dia. Nak sambung mengadap design tag untuk jurulatih tu. Dia duduk, then...DIA JERIT!

"AAAARGHHH!!!!! AYUNN!!!!!!AMIRR!!!isk...isk...!!!!WEYYY!!!!!!ARGGHH!!!!" Layla menjerit .

Terus dia cabut lari  turun bawah, dengan IMAC masa tu tak tutup semua. Aku still kat luar masa tu tengah siapkan storyboard. Tiba-tiba nampak si Layla dengan Ayun berlari! Laju gila turun tangga macam kena kejar hantu weyy! Nasib baik tak tergolek je kat tangga tuu! Aku nampak Layla datang ke arah aku...

Datang-datang je, peluk aku, dengan menggigil dia...dengan nangis dia...eisyh,aku pun nak nangis sekali time tu..eeh? 

"AK....AKUUU TAK.. AKU TAKKUUTT!!! ISKK.. ISKK.. HUUUU..." Dia cakap campur dengan esak tangis dia tu (ewaaahhh) hahahha..okay ..okay. 

"Ha? Kenapaa.. ? Ada apa ? Kau dari studio kan?" Aku tanya sambil usap belakang dia. Harap-harap dapat kurangkan gigil dia tu. Ayun datang kat Layla. Budak-budak visual yang dalam studio RB tu pun semua keluar,dengar Layla ni nangis teresak kuat kot..

"Eh Layla ? Asal ni Yun ?"Amir keluar,terkejut nampak Layla dengan Ayun boleh kat bawah pulak.

"Kau ni Mir ! Kau pergi mana lama sangat ? Aduuhh, tadi,masa kau keluar lama sangat tu, aku keluar kejap nak tengok kau tu hilang pi mana. Tinggal aku dengan Layla lama sangat dalam studio tuu !!=='.Tengah aku otw nak masuk balik ,dengar suara Layla jerit. Lepas tu nampak dia keluar studio tu... nangis teresak-esak macam sekarang ni, menggigil semua, lari turun,aku pun cuak aa! Aku lari aa sekali !" Ayun cite dengan bengang dia kat Amir.

Amir kata tadi dia cari pendrive dia tak jumpa,lepas tu Fatin mintak tolong kejap. Aku tengok Layla macam dah tenang sikit. Aku tanya dia. Budak-budak visual yang lain ada je lagi kat situ..

"Weh. Kenapa sebenarnya ..?" 

"Isk.. isk.. tadi..masa Ayun keluar kejap tu. Iskkk..iskkk..aku nak siapkan la tag tu. Lagi satu je lagi. Tinggal Bonda Nirah punya je.. aku nak siapkan laa.. iskk.iskk. Lepas tu, aku masuk lepas hantar Ayun keluar tu, aku duduk la balik kat tempat aku... iskk..isk.. time tu la.." Layla terhenti.

Fatin and Layla :Hari Pentaksiran

Ehh. Buat suspense pulak pondan ni  =='' 

"Time tu apa ? Kau jangan laa buat aku cuak nokk! " Adam pulak kata kat Layla. Hehehe Adam ni , macam tau je,aku cakap macam tu dalam hati . *sep sikit*

"Aku tengok IMAC . Ada tulisan .'KAU NAK TEMAN AKU KE?' kat sebelah design tu! Iiskk..isk... aku takut aaa! Aku cabutt ! " Laylaa explain.

Semua macam terdiam kejap, fuh.. seram siott.

"Berderau sia aku " Anuar kata.
"Aku pon... nak ajak teman pulak eh.." Kalai kata.

"Tak, yang aku pelik, dia tau taip beb! Tu hantu viscom! Kalau hantu fine art,dia conteng kat kanvas pakai oil paint agaknya..kalau rekabentuk..hmm.. haa! Dia buat ukiran kat kayu!!" Anep dengan sengalnya keluarkan statement.

Aku pin jugak mulut dia dengan pin tudung aku ni kang =='' 

"Eh! Apa kau ni Nep! Tak payah la cakap macam tu bangang..! Kau tau tak kita kat studio rekabentuk ni.. malam ni.. " Luqman marah.

Anep sengih. Say sorry. Hahaha Nep..Nep..ingat comel la ? Hahaha.

"Okay, okay, sekarang ni.. IMAC kat atas tu tak tutup lagi... " Amir baru sedar.

"Kena tutup tu...kang esok Ayahanda Safidzin masuk studio...masak korang budak viscom nak jawab! " Hairul ingatkan.

"Kalau macam tu, kita gerak ramai-ramai naik atas,tutup.Amacam ?' Luqman suggest.

"Haa.Jom aa... payah pulak aku nak jawab esok kang. Layla bak sini pendrive kau. Aku save. Yang lagi satu tu nanti aku sambung. " Amir mintak kat Layla. 

Fuh, nasib baik laa diorang baik hati nak naik balik...tutup IMAC tu. Kalau tak, habis la kitorang budak viscom nak menjawab apa dengan ayahanda tu..and nasib baik Amir sanggup stay kejap. Siapkan last design Layla. So, esok..ayahanda tak marah ^^. 
unless kalau dia tau apa jadi malam ni  0_0''

"Dah jom aa.Kang lagi lambat lain pulak jadi kang..." Anep kata.

Ayun dengan Luqman : Hari Pentaksiran

Anep dengan Anuar :Hari Pentaksiran


So diorang gerak berlima tak silap aku...Amir,Luqman, Anep,Anuar and Hairul. Adam dengan Kalai stay studio RB sebab nak kunci studio semua. Layla terus balik masa budak-budak lelaki pergi naik atas tu. Dia balik dengan Ayun. Tak lama lepas tu, budak-budak lelaki ni pun turun. Everything safe and sound. Diorang kata...tulisan

KAU NAK TEMAN AKU KE ?  


tu dah tak de. 
Start dari situ,dah tak pecah masuk viscom dah. Kena pun masa tu dah nak pentaksiran. Bole kata memang takkan masuk lagi pun studio kesenian sebab lepas pentaksiran tu, dah struggle 100% untuk SPM. 

p/s: Thank you for reading gais :) Takde kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. True story based on real memories. Hihihihi babai *lambai tangan*





































3 comments:

  1. Eh, ade kena mengena la tu ngan yg hidup..haa..hehehe..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Hahaahaahaaha. Tau.. Tapi kita buat jalan selamat la. Hahahaba

    ReplyDelete