LISTEN :)

Thursday 31 December 2015

#Anuar Terbang Tiga Tingkat

LOKASI    : Dorm 9

AKTIVITI  : Smoking, Tengok Movie kat Laptop,Dating.

MASA       : Pasca PMR,Sabtu malam Ahad 





 Eidil,Faliq,Amir,Amirul
Masa kejadian ni jadi,kitorang masa ni memang tengah berjimba tahap tak ingat dunia punya aah. PMR da settle, pentaksiran dah settle. Apa lagi ? Enjoy laaaa...

Umair ada kata, budak-budak Dorm 9 ni memang selalu je lepak luar tu. Malam tu pon si Umair, Anep, Zaid (Dorm 8)ni pon lepak kat luar tu jugak...cuma tak lama laa. Dorm 8 ni budak-budak baik sikit. Hahahha...masa Anuar jatuh tu, memang diorang tak sedar, tau-au, pagi esok tengok si Anuar ni,tangan dah macam apa..muka dah pecah...

So..
Menurut EIDIL,malam tu diorang macam biasa la lepak Dorm 9. Dorm 9 ni memang famous jugak la dengan port-port simpan barang larangan budak-budak terejal...hahahaha sampai kat Aspuri tauu...so malam ni... Eidil, Amir, Anuar smoking dekat dorm.. or nak aku specifik lagi...dekat luar Dorm 9... which is ada beranda sikit laa...cukup la untuk kau jalan-jalan...oh, ha lupa pulak nak cakap Dorm 9 ni tingkat 3 ye, anak-anak sekalian...tapi si Anuar, Amir dengan Eeidil ni tak smoking kat beranda luar dorm tu...

Diorang pergi keluar ikut tingkap toilet dorm tu,duduk kat beranda bahagian luar toilet tu,which is lagi kecik dari beranda luar Dorm 9. Memang muat-muat la utk diorang bertiga bersila. Heh,macam takde tempat lain je ==''



"Wey Dil, sana sikit sempit laa." Kata Amir .

"Ahh kau , nak aku sana mana lagi ?Jatuh gak kang. " Eidil balas.

"Ntah kau ni Mir, banyak bunyi laa... sikit punya payah nak keluar kat sini... duduk je laa diam-diam." Tegur Anuar .



Okay,so diorang ni pun duduk luar tu borak-borak, sambil merokok dengan gumbiraaaa *iklan Safiq Rahim(Power Cat)*  hahahhaha. Pastu, time tu masing-masing nak gerak masuk dalam balik laaa...masa tu, Idan ada jugak kat luar. Dia tengah dating dengan Tia, ikut bilik stor Dorm 20 Aspuri kot...cuma Idan kat bahagian beranda Dorm 9 tuu...

 *Anuar berdiri dah panjat lubang tingkap ,dah nak masuk dalam dah* Idan nampak.


Hairul,ANUAR,Idan


"Weyh Anuar, kau nak masuk ea ?" Idan jerit sikit.

"Aah , asal ? " Anuar tanya.

"Kau amikkan baju aku tu bak sini." kata Idan.


Si Anuar ni pun nak turun balik laaa nak capai baju si Idan ni, tiba-tiba...

Slipp!Papp!!

 " ARRRGHHH!!!!! " Anuar jerit.

Dia boleh tergelincir, time nak panjat turun balik tu...
DIA JATUH! DARI TINGKAT TIGA! Si Amir dengan Eidil masa tu, bukan tak nak tolong capaikan baju, tapi mana laa sangka bole jadi macam tu kan...nampak si Anuar jatuh, Eidil, Anuar dengan Idan ni, dah pikir dah arwah la kawan aku sorang tu.

"Weyh Mir! Anuar jatuh weyy!!" kata Eidil . 

"Weyh nak buat apa ni siaa!! Mati aa kita dohhh..!!" kata Amir .

Diorang cepat-cepat panjat masuk dalam. Yang si Idan pun terus masuk dalam. Dia maki- maki semua marahkan si Anuar ni bole jatuh pulak. Aku rasa dia serba salah tu,sebab tu dia emosi sikit. Sapa tak terkejut wey, kawan kau tadi elok-elok, sekarang dah jatuh bangunan! Kat bawah tu... entah hidup entah tak laaa... diorang masuk dorm tu...bagitau semua orang dalam dorm tu...which is semua adaa...then semua gerak turun bawah. Tengah-tengah jalan tu...

"Weyhh, kalau dia mati macamana doh?" tanya Naim .

"Eesiyh! Kau ni ... janganlaaa cakap bukan-bukan..." Amirul marah.

"Tapi betul weyh.Kalau dia mati...masuk 'dalam' kita ...tak pun masuk JUVANA." Amir pulak kata.

"Entah-entah dah arwah da kat bawah tuuu...eeisyh." Eidil kata.

"Eeiii (tunjuk penumbuk) kau ni Dilll...!" Amirul bengang.

"Tak...yang dia bangang sangat sampai boleh jatuh tu apahal ?" Idan still bengang.

"Dahh ,dahh.Kita tengok je dulu dia kat luar tu macamana.." Shahfik kata.

SHAHFIK .AMIRUL


Sampai kat bawah, masa tu dah dekat pukul 1 pagi, confirm la gate asrama da kunci kan.. so budak-budak ni keluar ikut tingkap Dorm 1. (Da macam monyet jadian diorang ni)=='' Keluar-keluar... sampai kat tempat Anuar ni nampak si Anuar ni tengah duduk... Dah duduk gaiss....


"Weyh?! Kau macamana bole jatuh bodo...?!" Amirul kata sambil nak papah si Anuar ni.

"Pelan-pelan weyh...sakitt..." Anuar kata slow.

"Kau ni macam tak sakit je, bole duduk terus macam ni. " Naim sambung tolong si Anuar jugak.

"Darahh dia banyak gilaa sia... da macam lopak air da aku tengok nii." Eidil kata 
sambil dia tengok semua kesan darah jatuh si Anuar kat ampaian tempat dia jatuh tu.


"Kita kena bawak dia pergi hospital doh macamnii." si Amir kata.

"Ahh kau pandai sangat, kita nak bawak naik apa? Naik bas..?"Naim cakap. 

"Tapi bahaya doh, kalau luka dia serius ke ...haaa...aku jarang jumpa orang jatuh bangunan hidup tauu. " Eidil explain serius gila. Hahahaha Dil...Dil... 

"Eeisyh kau ni Dil...tak, sekarang ni kalau kita bawak dia pegi hospital pon, mesti pakcik guard tu tanya apahal...nak jawab apa pulak... " Idan jawab.

"Kalau macam tu... kita panggil je la Is (Abg Is= Penolong K.Asrama) suruh dia bukak je pintu tu kejap. Bawak pergi dorm kita dulu. " Shahfik pulak kata. Hm, kadang-kadang bagus jugak Shahfik ni.


Faliq and Naim


Si Wakles pon ikut sekali time tu. Diorang check si Anuar ni masa tu, dagu dia koyak...koyak yang sampai nampak tulang! Tangan dia dua-dua patah sebab budak-budak ni kata,masa dia jatuh kat bawah tu, dia tahan pakai tangan dulu...kalau tak...dah arwah laa sebab jatuh kepala dulu...

Iskandar bukak pintu. Diorang semua papah si Anuar ni bawak masuk, naik Dorm 9 tu...fuh. Aku tak tau laa sakit  dia tu macamana... Anuar ni tahan naik tingkat tiga dengan badan yang sakit lepas terjun bangunan...dengan tangan dua-dua patah...dagu luka macam tu...fuhh! Macam bukan orang je dia ni. Ye laaa. Mana kau nak jumpa orang jatuh dari bangunan tingkat tiga...lepas tu bila kau tengok kat bawah? Dia boleh duduk...kental tak kental laa...haihh.. 


"Kita kena bersihkan kesan darah tu wey. Kalau tak kang, lain pulak yang jadi." Shahfik bagitau budak-budak ni. Masa tu baru je letakkan si Anuar ni elok-elok dalam dorm.

"Kita pecah dua aa, tiga orang pegi bersihkan darah kat ampaian." Mirul bagi cadangan.

"Lagi tiga orang bersihkan darah yang menitik banyak kat tangga tadi " Mirul sambung lagi.

"okay , gerak aa. " Amir kata.

So diorang split dua group, Amir, Eidil, Naim bersihkan kesan darah yang kat tangga. Amirul,Shahfik dengan Idan bersihkan darah yang banyak gilaa kat ampaian luar,fuhh. Kalau aku tak terbuat weyh. Cuci darah member sendiri. Diorang kata, masa nak bawak si Anuar ni masuk, Naim ni siap panjat nak tutup CCTV lagi. Punyaa laa tak nak sape-sape tau masa tuu. Diorang tinggal kejap si Anuar ni kat atas. Ada Wakles jaga kat atas tu. Diorang cepat-cepat settlekan kerja pembersihan kat bawah tu,then terus semua gerak naik atas. Nak MANDIKAN ANUAR.

NAIM,IDAN,MIRUL & SHAHFIK.
Diorang yang bergilir mandikan si Anuar ni... siap tonyoh segala luka bagai... si Eidil dengan Amir tak berani nak sentuh luka dia. Diorang duduk luar je.

"Angkatlaa tangan kau tuuu,macam mana aku nak cuci luka kauu!..eeiii.." Idan cakap sambil dia angkat tangan Nuar ni slow-slow.

"Aaarghhh. Adduuhh, pelan-pelan la bangang... " Anuar menjerit.

"Ye... yee... aku lupaa...sorry sor...alahh kau nii... ==" Idan kata.

"Kau bole gosok gigi sendiri tak ? Bole kan ? Ke gigii kau patah ? Eh ? Patah laaa... " Shahfik tanya sambil bukak mulut si Anuar ni. 

Hahahahha kesiankan? Da macam anak patung diorang buat si Anuar ni. Anuar pon bole buat apa? Redho je laa. Untung dia dapat kawan macam budak-budak laki ni... susah senang sama-sama. Hahahaha.

" Aku geram laaa tengok dagu kau yang koyak tu, tak berhenti-henti darah dia. Meh sini aku tonyoh sikit." Mirul tegur dari luar bilik mandi tu, tukar tempat dengan Shahfik.

"Wehhh,wehh... tak payah doh. Jangan do Mirul....Arrgghh!!! Sakitt!! Weyy!!!" Anuar jerit.

Mirul macam biasa la, muka cool dia... tapi tangan dia non stop cuci luka Anuar yang kat dagu tu. Anuar dah jerit macam apa dalam bilik air tuu.

"SHHH! KAU jangan la jerit bangang... budak-budak tau laa nanti! Kang diorang ingat kitorang buat hubungan luar tabii'ie pulak dengan kau ! " Naim tegur si Anuar ni sambil dia pun masuk dalam toilet tu, tolong si Mirul.

"Sakit doo Mirull... kau tak payah la usik lagi dagu aku tu." Anuar cakap. 

Menggelabah tak payah cakap la. Masing-masing dah tak fikir apa dah. Just fikir nak selamatkan member je...tu yang sanggup mandikan, cuci luka semua....sanggup rahsiakan lagi tuuu...padahal si Nuar tu dah nyawa-nyawa ikan da masa tu...so masing-masing dah siap mandikan si Anuar ni, diorang pun bawak si Nuar ni masuk dorm... dudukkan kat katil. Tangan dia patah. Remember ? Haaaa. Cuba teka macamana diorang gantung tangan Nuar ni.

"Weyh,nak kena gantung tangan dia ni...cari benda apa nak buat gantung tangan dia ni." Amir cakap.

"Haaa...aku nampak ada rak sidai towel an, hari tu kat sini ?"Eidil tanya.

"Ni ? "Shahfik tunjuk kat rak towel dekat sebelah loker dia tu, pandang Eidil macam tak caya je nak gantung tangan si Anuar kat situ.



Haa... ni la dia lebih kurang benda yang diorang guna untuk gantung tangan Nuar
"Dah tu nak pakai apa lagi...aaah pakai je la... daripada bersepah-sepah tangan dia, baik kita letak atas tu. " Mirul kata.

So, diorang pon gantung la tangan si Nuar ni kat rak tu. Macamana apa semua,jangan tanya...sebab aku tak duduk Aspura ya anak-anak sekalian. Hahhaha, aku bayangkan masa tangan dia bergantung macam tu, mesti macam zombie kan...otakk...otak... hahahahaha. So malam tu, diorang semua ni buat shift nak jaga si Anuar ni, set jam la. Kau jaga pukul berapa ,sampai pukul berapa,lepas tu ganti balik orang lain..masa ni sampai la turn si Eidil dengan Amir pulak jaga, masing-masing dengan muka ngantok, tersengguk-senguk..tiba-tiba Eidil cakap...

"Wey, Mir, kau tau tak... sebelum aku keluar smoking kat luar tadi, Mirul ada cakap satu benda kat aku. " 

"Cakap apa pulak.... aarghh (menguap) "Amir tanya.

"Mirul kata, masa ada kes budak Aspura masuk Aspuri tu...kan diorang lalu luar ni kan. Sir kata kat si Mirul ni...dia sumpah siapa yang keluar tu akan jatuh..." Eidil explain dengan nada suspense dia.

"Weehhhh... kau bia betul doh Dill.." Dah tak ngantok terus si Amir ni.

"Betul la bangang. Eh kau ni, nasib baik Anuar yang jatuh...kalau dia tak jatuh,mesti aku ke kau ke jatuh doh... tak pun kita dua-dua sekali...cuba kau bayang...masa Nuar nak jatuh tu, dia sempat tarik aku...aku nak jatuh,aku try capai kau..last last? Kita tiga-tiga arwah." Eidil explain sambil bagi bayangan kat Amir ni haaa.


"Bodo la kau Dil, tak payah aa cakap macam tuu sia.. " Amir marahkan si Eidil ni.

Hahahhahaahah masing-masing penakut.Ntah apa-apa. Anuar masa tu dia kata, tak bole tido sebab tak selesa. Dia cuma penat. Maybe dia lelap mata kejap. Masa si Eidil dengan Amir ni baru nak lelap...tiba-tiba,

"Dil... wey..bangun aa.. Mir.." Anuar cakap dengan tak bermaya dia tu..
(ecewahhh)hahahah.

Dia gerakkan sikit si Eidil dengan Amir ni.

"Hm...apaa." Eidil dengan suara mengantok dia.

"Asal wey ...?"Sama la jugak dengan si Amir ni.

"Aku lapar laa.." Nuar bagitau.

"Aduuumak kau ni.. lapa laa... apa laa... mana nak dapat KFC pukul tiga pagi ni.." Eidil marah.

"Entah kau ni, esok pagi je laa kau makan...ngantok siaaa."Amir pulak kata.

"Weyh... tolong aa. Lapar gila do..." Nuar kata lagi sekali.

"Eisyhh.. kau ni... lapa laa ape laa.. kau ingat ni Hospital Pantai ke aa ?" Sambil bangun, nak pi cari makanan untuk Nuar ni...elleh,tadi marah sangat. Sayang jugak...hahahah.

"Kau nak gi mana Dil ?" Amir tanya.

"Nak pergi cari makanan laa untuk si zombie ni ! " Eidil cakap.


So diorang ni pon pi pusing asrama,cari bubur instant .Ye laa duduk asrama kan...masa bila pulak kau nak buat bubur dalam periuk semua, mana nak dapat...kan. Hahahaha. So diorang dah jumpa bubur tu, masakkan pakai air panas kat bawah, then naik atas balik. masa tu dah sampai turn si Mirul dengan Naim pulak jaga. Diorang bawak la makanan tu. Satu masalah. Nak makan pakai apa?

"Weyh. macamana nak makan doh ? Mana nak dapat straw.." Naim kata.

"Kau suap je laaa." Amir kata.

"Aah. Takde maknanyaa...geli aku! Pikirlaaa.. weyh. Macamana? "Naim tanya.

"Haaa.. kita pakai batang pen je laa." Mirul bagi idea...

 Yang tak berapa..okay sangat..*kening angkat sebelah*semua macam senyap kejap...tapi apa boleh buat ,diorang memang betul-betul cari batang pen. Buang la tempat dakwat dia tu, basuh bersih-bersih...Anuar makan bubur tu pakai BATANG PEN. Serious tak tipu weyy....aku dah tanya Anuar sendiri dah... and dia admit. Fuh.. risau aku tengok idea budak-budak lelaki ni, makin tak betul je..tapi boleh pakai jugak..

So esok pagi tu, yang aku tau mak Anuar datang and Anuar dibawak pergi hospital...and tu menandakan ofkos lah pihak sekolah dah tau ..and.. kompem-kompem la budak-budak enam orang yang uruskan Anuar malam tu dalam bahaya yang teramat sangat ye.. hahahha sebab bakal diserang oleh cikgu-cikgu yang super talented kalau part psycho orang ni...Haaa,aku dapat tau kes ni pon pagi tu. Budak-budak perempuan ni cakap dengar bunyi benda jatuh kuat semalam...especially dari Dorm 20 (Aspuri) which is sebelah je  dengan Dorm 9 (Aspura). Diorang kata Anuar jatuh ...terkujat jugak laa makk nokk... and  esoknya tu kitorang kena gerak  pi Kem Solat. 

Haaa. Masa kat Kem Solat ni laaa,budak-budak lelaki yang terlibat ni kena soal siasat malam tu dengan Cikgu Too, Ayahanda K.A,Sir Fazli ,Sir Rasyad and Ayahanda Razi. Hahahha. Masa malam first kat Kem Solat tu, tak tido budak-budak laki ni malam tu. Diorang make up stories la masa tu, konon-konon Anuar ni macam ada problem lately ni...dia suka sorang-sorang....lepas tu macam dia jatuh sendiri macam tu...tapi mana laa cikgu-cikgu ni nak percaya kann.. dua malam kitorang kat sana, dua malam tu jugak laa budak-budak laki ni tak tido and esok...terus ikut schedule kem tu macam biasa. Eidil kata dah macam mayat hidup dah.. 

Malam kedua ni, diorang tengah otw nak pergi tempat berkumpul...jalan dengan cikgu-cikgu ni semua la. Tetiba sir panggil Eidil. Eidil ni budak bola. Even masa kena soal tu pun dia kena paling teruk. Dia kena pumping sorang-sorang semua just sebab dia budak bola. And dia ni rapat dengan Sir Rasyad. Sir panggil Eidil. Dia try tanya slow-slow apa berlaku sebenarnya... si Edil ni pun satu. Dia pi cakap benda yang sama macamana diorang bagi tau cikgu-cikgu sebelum ni,maknanya...benda yang tak betul la. Sir Rasyad tampar dia! 

Eidil kata, "Berpusing kepala aku weyh, songkok aku tanggal masuk kat tiang gol kat padang yang kitorang lalu."

Sir Rasyad tanya Eidil "Dil, kau anggap aku sebagai apa? "

"Sebagai cikgu ,sir " Eidil jawab.

"Sebagai cikgu je ?" Sir tanya lagi.

Eidil diam.

"Aku dah anggap kau ni macam anak aku sendiri." Mata sir berkaca.

Si Eidil time ni dah sebak dah, sikit lagi je nak meleleh dah tu. Malam tu diorang kena soal lagi. Tapi kali ni, Naim kena panggil dengan Ayahanda Razi, masuk bilik dia...and... guess what happen ?  

"Dah dia sepak aku macam main futsal, dia yang berkasar dulu. Aku dah panas dah, aku balas laa. " Naim kata.

"Lama jugak. Dia tumbuk aku, aku balas. Dia pegang kepala aku, aku sempat tumbuk rusuk dia kot. Masa tu Idan ada datang masuk bilik tu nak leraikan... tapi aku dah panas, dengan Idan,Idan aku tolak." Naim explain lagi.

"Lepas aku tumbuk kat rusuk dia tu, dia terduduk. Maybe senak kot. Aku keluar dengan bibir pecah...the end.

So masa hari last tu , budak-budak ni decide nak bagitau je la benda sebenar sebab Cikgu Tew kata dia perlu tau benda sebenar pun, untuk cover insurans untuk Anuar ni. So diorang bagi tau la benda betul. And...beserta surat gantung sekolah masing-masing ye anak-anak sekalian. Tapi, masa diorang dapat surat tu, da start cuti sekolah pun, kira burnt je la. Aku rasa tu atas timbang rasa Cikgu Too,sir dengan ayahanda jugak kat diorang sebab diorang dah jaga Anuar malam tu kan... 

So mula-mula insiden tu baru-baru jadi, tak ngam sangat pun budak-budak ni dengan cikgu-cikgu tu, tapi bila dah tengah-tengah tu okay la. Naik Form 5 semua enam orang tu dapat jadi EXCO asrama kecuali Shahfik, Anuar dengan Mirul. Maybe dah full kot. Diorang terus jadi mata- mata cikgu-cikgu untuk budak-budak Aspura.

 Sir kata, "Kalau benda-benda kecik tu kau settle sendiri je, asalkan tak bertumbuk aa. "

So...macamtu laa cerita sebenar macamana diorang jaga si Anuar ni, macamana dia boleh jatuh, and a huge credit dekat Eidil, Ammar, Naim and most of the guys sebab sudi cerita kat aku pasal kes ni. And thank you jugak kat Anuar sebab sporting bila aku mintak permission nak buat entry pasal kes ni. Thank you gais. Based on real stories. Thank you for reading. Ohh, and now Anuar dah fully recover,makin helok pulak aku tengok. Hahah ada je tu kat UITM Lendu. 

Tu karya SPM dia ye anak-anak sekalian


Kitorang sempat lawat dia balik Kem Solat tu sebab time tu balik terus cuti. So, gerak ramai-ramai pi HSA saje nak tengok dia. Masa tu...memang teruk jugak laa. Aku tak sangka pulak muka dia boleh elok balik macam kat bawah tu. Bayangkan besar ke tak besar impak benda tu dalam hidup dia. Karya SPM dia pun pasal insiden tu...cerita ni takde kaitan antara yang hidup dengan yang mati.

Pengajaran : Jangan main-main dengan sumpahan cikgu anda. Hahahhahahha.