LISTEN :)

Friday 16 November 2018

Ayah left us part 1

Jumaat, 6 Julai 2018.
5.30 am.

"adik,adik bangun .kita pergi hospital"


aku bangun,dah tak tanya apa-apa. Keluar bilik je dengar ayah mengerang.merungut sakit.mesti sakit dada la tu. Aku belum panik apa apa sangat lagi sebab sebelum ni pun pernah je pergi hospital malam malam sebab ayah sakit dada.Aku pun fikir,'okaylah,harini pun kerja pagi'. siap siap. ibu bangun kan ayah duduk dekat sofa depan.Tiba-tiba ayah mencungap. memang mencungap tak cukup nafas! kitorang ingat nak terus pergi hospital kluang la, tapi ayah kata 

"takpayah,..pergi..klinik simpang..dulu" *mencungap-cungap.

aku dengan ibu pun tak cakap banyak,bawa ayah masuk kereta,terus shoot pergi klinik simpang. As expected,semua tutup,and takda orang pun dekat klinik tu. Aku dengan ibu pergi ketuk rumah staff dia ni,bagi salam nak mintak tolong. Ayah masatu dalam kereta dah mencungap lagi teruk . takut sangat.dia sempat jerit

"ma,naaa..."
"suruh dia cepat.." *mencungap-cungap.

tiba-tiba aku terperasan,ada satu no telefon dia lekatkandekat luar pintu klinik tu .

"SEBARANG KECEMASAN SILA HUBUNGI 019-********"
Punya lah terdesak,sekali tengok je terus hafal.terus call.

"HELLO! EN BOLEH DATANG KLINIK TAK AYAH SAYA SESAK NAFAS!"
separuh menjerit jugak lah kan. M.A yang angkat call ni dengan suara baru bangun tidur 

"okay,okay kejap lagi saya datang"

tengah ketuk tingkap pintu staff klinik yang duduk around situ, ttiba nampak sorang pakcik ni daripada rumah staf-staf tu,jalan nak ke surau.subuh. Dia tengok je bapak aku separuh nyawa dekat situ, aku tak tentu arah. Ibu pergi cari orang. Mungkin dalam otak dia, "takpa, sembahyang lagi penting".

kau ingat Tuhan tu bodoh macam kau ? kalau kau kena asma,dah nak mati, lepastu mintak anak kau amikkan ubat, kau dah nak mati dah ni .lepastu anak kau cakap

"kejap lah abah, kita solat jap" .

ha apa kau rasa ? kadang kita ni rasa kita la yang paling betul.asal pasal agama je,takda yang salah. Mesti diutamakan. kau kena faham semua ni datang dari Allah,yang tercungap-cungap dalam kereta tu pun sebab Allah tetapkan macamtu,dan kau saudara seislam, paling tak pun sebagai manusia lah, nampak 2 perempuan tengah tak tentu arah dengan seorang ayah yang sakit nazak. kau takda rasa nak datang ke? tanya kenapa. Aku harap kau tau apa yang kau buat ni zalim. 

Alright.skip that. 

Finally M.A ni pun sampai lah, after my second call,rushing him to be fast.As if my dad's life depends on him.hmm. dia pun terus bukak klinik tu, he walked slowly, lek lek je, ha yelah, bukan bapak dia pun kan, bukannya penting pun nyawa bapak aku ni. aku dengan ibu papah ayah nak masuk klinik, tengah rushing tu boleh pulak,sebelah kaki ayah termasuk longkang :( i felt so bad sebab tak tengok betul2 masa papah ayah tu :'( nak cepat sangat tengok dah jadi macamni . slow-slow aku angkat sebelah kaki ayah yang jatuh tu, he can't help it tho, dia dengan tak cukup nafas , Allahu,, Allah je la yang tau macamana kelam-kabut keadaan masa tu.

M.A ni maybe tengah practical thats why lembab sangat.pakai baju pun baju kolej kesihatan kat sarawak.so maybe dia posting kat tempat aku. dia pakaikan ayah oxygen and bagi ubat demam sebab ayah demam tiba-tiba. Aku dengan ibu take turn duduk dengan ayah kat tempat dia. dah dapat bantuan oxygen tu pun ..ayah kata..

"TAKK,, TAK..CUKU..KUP.." *sesak nafas
"Tak... Boleh.."

few times macamtu,ibu dah risau,.Aku more to bengang dengan MA ni la sebab dia macam tak amik port, dia ingat bapak aku asma biasa. aku cakap dengan dia ayah ada sakit jantung,dia kata tak cukup pakai oxygen yang dia bagi tu.padahal masa baru sampai dah cakap dah, mamai ke.? lol. budak tu baru tau nak gelabah call boss dia kot.

"saya dah call ambulance, sekejap lagi ambulance sampai" . M.A tu kata. 

dengar  tu, aku terus kata kat ibu, aku balik dulu lah.aku mandi siap-siap semua,nanti aku jumpa ibu dengan ayah kat hospital je.Aku tak panik sangat sebab before ni pernah je jadi macamni,little did i know,things didn't work the same way this time. :) ibu pun kata okay,sebab dia teman ayah kat ambulance nanti.so..otw out..

"Adik.. nak pergi..mana.." ayah tanya dengan mencungap-cungap.

i came back to him and said.

" adik nak balik,mandi siap-siap semua ,nanti adik jumpa ayah kat sana okay ?" 

mana lah aku nak tahu.. itu lah last time aku dapat dengar suara ayah :')







Wednesday 21 December 2016

asrama

part paling seronok bila duduk asrama adalah, kita belajar untuk buat semua benda dengan kawan-kawan. tak kisah lah benda baik ke, benda tak baik ke. Jatuh bangun kita semua dengan kawan. Sebab tu, penting pilih kawan. awak akan salah pilih kawan, awak akan jumpa orang yang dengki dengan awak senyap2. tapi daripada situ lah awak belajar "oh rupanya ada orang perangai macamni" dan dari situ, awak akan makin matang dalam setiap keputusan yang awak akan buat dalam life nanti :)

buli ?
itu perkara yang semua orang paling takut bila kata  'Asrama' .tapi percaya tak ? sebenarnya budak yang buat salah macam mencuri,report cikgu,petik nama kawan/senior ni yang selalu kena buli. alah bukan kena buli lah,kena jumpa dengan senior. sebab kau buat salah , kau kena aa tanggung salah kau .

hari ni kau rasa kau susah nak fit in dengan semua orang cuma sebab kau ada karakter yang lebih matang dan mungkin juga sebab kau tua setahun . ya, setahun je.tapi banyak benda yang jadi dalam setahun tu,so,maturity can't be define by age.

ada juga masa orang akan tak suka dengan kau semata-mata sebab kau dah melebihi diorang dan kau dipersalahkan atas kejayaan yang kau usahakan selama ni.

Saturday 5 November 2016

TAK DAPAT MASUK U

hai guys, its been a long time remember ?  hihi :)

well to day its not about asrama, its about what happened after spm. semua sekarang tengah spm kan ? haa. hahaha lek lek. its not that korang tak payah buat bagus bagus spm ni, just do your best. tapi kalau katakan lah takde rezeki dekat spm.. takpe,its okay. Rezeki Allah tu luas, SPM tu bukan penentu masa depan. bukan. tak kisah lah cikgu kau kata apa pon, but im telling you the truth.orang kat luar nak kemahiran,pengalaman,kesungguhan. kau straight A spm tapi masuk U nanti melingkup dengan weed, dengan awek takde guna jugak. (haha emo sikit)

its okay kalau result kau tak bagus, its okay kalau kau tak dapat upu.its okay kalau kawan kawan kau semua dah masuk u, tapi kau still duduk rumah fikir apa lah hala tuju kau lepas ni.aku macamtu.Aku .
result SPM aku biasa biasa je. ayahnda bonda semua pesan suruh amik kos art and design dekat upu nanti. tapi..

aku tak boleh

aku tau aku tak cukup strong untuk further dalam bidang tu,memang betul aku dulu budak visual,budak grafik tapi apa yang aku lalui masa form4 dengan form 5 tu sikit pon tak sama macamana budak2 visual lain lalui.aku buat pilihan sendiri.aku pilih pendidikan awal kanak-kanak as first choice, aku dah tengok semua kelayakan aku buat aku boleh dapat kos tu. tapi kos AD ni aku letak jugak no 3 ke 4 tak ingat. sampai hari keluar result..

"harap maaf permohanan anda telah gagal."

AKU TAK DAPAT UPU WEI

dalam hati masa tu
Ya Allah apa aku nak buat dengan hidup aku ni,
apa aku nak cakap dengan ibu ayah ni,
apa aku nak jawab dengan budak budak ni


kawan kawan lain tanya 'tea kau dapat mana?' aku diam. aku left semua group sekolah.group kawan2 sekolah, group kelas semua. sebab tak sanggup nak hadap realiti masa tu.orang nampak macam sikit, tapi bila kau hadap sendiri rasa tak dapat masuk u ni, fuh pedih dia, lama bhai. masa depan kau kot..
kena pulak masing2 masuk u kos sama.so plan nak gerak sekali, bukak insta tengok masing update tengah standby barang2 nak masuk ipg, uitm,upsi .
kau ? duduk rumah. menung masa depan.

' sampai bila nak macamni tea'


aku bangun balik.aku kuatkan semangat .
 aku buat tak endah dengan semua soalan orang sekeliling.
ibu was the one. help me to get through this.
mohon balik rayuan ipg, mohon balik rayuan uia.mohon mara  semua ipta yang masih bukak rayuan dia semua aku mohon. usha jugak u swasta.

MSU
Counselling & Guidance
First Sem.

aku masuk msu. haha .nampak macam gah kan ? no. its not. its all about fakeness,money and fame.no kind act, no humanity ,no affections. you got money, you got friends. vice versa .memang aku amik PTPTN.tapi duit belanja tu ya Allah.kesian kat ibu ayah. belajar bukan isu bila kau kat u swasta.lecturer yang cari kau, budak2 ni macam bos sebab dia fikir

'aku yang bayar gaji lecturer2 ni, so ikut aku la nak datang ke tak'

sad huh? but its true.study was great. i manage to get top 3 in class .tapi mengenangkan lagi 5 sem ibu ayah kena tanggung hidup kat shah alam mengenangkan jugak ada adik yang still sekolah and kakak yang at that time belum ada kerja tetap. i decided..

cuti sem . dalam library ibu.

"ibu...emm. adik rasa, adik nak quit msu .. tak bukan apa, adik rasa maybe adik boleh cuba UPU tahun depan.so by that time,adik boleh kerja dulu, kumpul duit kat sini then bila masuk u tak payah mintak ibu or atleast takdelah ibu tanggung adik sorang2 , adik dah ada savings"


ibu diam. sebab anak dia yang 1 ni jarang nak buat decision serious macamni, tapi bila dia buat, dia jarang patah balik. hahahaha bincang dengan ibu ayah, we agreed to quit msu.and aku pun quit lah msu.

now is where everythings begin..

to be continued ..













Wednesday 10 February 2016

# Kena kejar Doraemon

Assalamualaikum :)

Hehehe,dah lama tak buat entry baru, Sorry ye awak-awak sekalian. Okay memandangkan kita tengah celebrate CNY kan, korang yang duduk hostel tu pon tengah berjimba sakan kan...so hari ni,Kak Ton masukkan satu entry,tapi bukan cerita hantu lah. Next entry cerita hantu.JANJI!

Syazend, Fatin, me, Ira, Qis, Nana, Feeqa, Syahadah, Anis
Okay, ni cerita masa Form 4 dekat asrama lama. Kita semua tahu, kita ada pakcik DM yang garang gila.and  makcik DM yang muka dia macam mak Kiteretsu(kalau korang tengok la cite tu). Hahahaha...okay.. everytime kalau makan ke..curi-curi nak amik lauk lebih, ke apa semua, mesti makcik tu marah. Marah yang macam kitorang ni ada cubaan nak rembat kuali dia yang besar gedabak kat dapur tu je. Bayangkanlaa.Garang gila wey!Hahaha.


Satu hari ni.. aku dengan budak-budak dorm 25 pergi makan malam tau. Masa tu dah siap pakai baju kurung apa semua.Masuk la DM.. Nak makan,.tiba-tiba...

"Korang lepas ni makan..sisa tu buanglah dalam tong sampah!Kan aku dah letak kat tepi tu je tong sampahnyaa. Jangan la buang dalam besen pinggan tu je. Letihlah aku ni!" Pakcik Doraemon tu marah sambil angkat pinggan-pinggan yang ada tu. Oh.lupa. Kitorang panggil dia pakcik Doraemon sebab dia ... comel.sikit. Hahahhahahahaha.  Okay sambung.

"Ni apahal nak marah-marah pakcik ni?" Ira cakap masa kitorang baru nak makan tu.
"Ntah.emosi pulak. Aku datang nak makan. Masuk-masuk DM kena marah... rasa macam masuk bilik Pengetua pulak. " Feeqa sambung.

"Hahaha, Dia gaduh dengan makcik Kiteretsu dia tu kot." Syahadah sambung.
"Kalau dia Doraemon, bini dia Kiteretsu anak dia apa ?" Aku tanya.
"Anak dia Shin Chan laa!!Apa lagi kartun yang pukul 7-8 hari Sabtu tuu..hahahaha!"Ira jawab.

Satu meja berdekah. Kuat tu kuat la jugak. Tiba-tiba...
"Weyh,, korang slow sikit doh, Pakcik tu tengok kita.!" Fatin kata.
" Haa ? Ye ke?" Syahadah tanya.
"Aah la weyy! Dia usha jee tuuu." Nana kata.

"Haaa, takpe, takpe, buat-buat makan,buat-buat tak nampak je! Weyh Ira, jangan lah pandang. Kau nii!Hahaha nanti dia perasan!" Ayun pulak kata.
"Hahahah okay okay."Ira sambung makan balik.

"Apa doh, mak aku bayar yuran DM kot,, " Nana cakap slow..
"Entah,kau rasa apa dia gaduh dengan bini Kiteretsu dia tu,sampai bad mood macam ni sekali?"Fatin kata. Bukak balik isu dia gaduh dengan bini dia ni.Hahahha.

"Entah-entah dia gaduh pasal lauk nak masak untuk makan malam ni kot.."Syahadah jawab.
"Aah, pakcik Doraemon tu marah macam dalam cerita Seniman Bujang Lapok tu. Pasal tak de sambal belacan tu" Aku kata.

"Hahahahha.' Kan aku sudah bilang!AKU  MAU SAMBAL BELACAN!!!" Ira buat dengan gaya dia sekali

"KAN KAU TAUUU,AKU TIDAK BOLEH MAKAN TANPA SAMBAL BELACAN!" Nana sambung lagi dengan gaya dia pulak.

"KENAPA KAU TAK LETAK SAMBAL BELACAN!!!!!" Feeqa pulak!

Hahahahhaha satu meja berdekah. Hahahahah

"Hahahahhaa merepek doh korang ! Hahahhaha" Ayun kata.
"Weyh,dah dohh, pakcik tu tengok kita macam nak makan jee." Fatin cakap sambil pandang-pandang tempat DM tu.

"Aah.jom la. semua dah habis makan kan? Geraklah. Kang makin merapu kita ni". Ayun  kata.


So kitorang semua pon bangun laaa, Nak letak pinggan dengan cawan kat besen tu. Lepas tu nak basuh tangan laa. Tak perasan pulak pakcik Doraemon tu dok usha je kitorang bangun semua tu, Ye lah, bukan kitorang je dalam tu..


Depan aku tu Fatin..aku baru nak letak pinggan. Fatin punya selamba...dia tuang sisa air dengan makanan dia dalam besen tu..aku pandang je Fatin. Eh minah ni berani betul?! Aku pandang Fatin.


"WOIII!!! Aku dah cakap kan!! Jangan buang kat situu!! Kau tak paham bahasa ke apa!!" pakcik tu keluar sambil jerit kuat gilaa wei!!

Satu DM senyap. Pandang kitorang.
Masa tu dah la dah jadi senior . Dalam tu pulak semua ada yang Form 1,Form2, Form 5?laki,perempuan?Cakapp je!.malu gilaa lah kan cerita diaa.

"KORANG NI...blablabla" Pakcik tu tengking-tengking.


Kitorang semua freeze.
"Aku kira sampai 3,lari." Ira bisik tapi cukup la untuk kitorang semua dengar.Tengah pakcik tu bebel,marah-marah. apa semua lah! so...

"satu.. dua..  tiga!" ssssupp!!!!huwaaaa!!!!!!!!LARI!!!!!!!

BEDESSSUPPP LARI KELUAR DM!Masa tu, dengan pakai selipar sebelah lain, sebelah lain..masing-masing lari tak cukup tanah kau tau tak! Aku dengan Ira yang gebuu ni pon boleh lari laju macam Ussain Bolt. Hhahahha and guess what.

PAKCIK TU KEJAR KITORANG WEI!! PEGANG PISAU POTONG DAGING KAT TANGAN DIAA!!!!!!!

"Weyh laju sikit!! Pakciik tu kejar ni!! Cepat weyyy!!!!" si Fatin kata.
"DIA BAWAK PISAUUU!!!!!" Syahadah cakap.


Masing-masing termengah-mengah ni.Biasanya aspuri kena lalu susur gajah tuu,aspura akan lalu bukit. Tapi masa tu,tak pikir apa dah!Semua lari ikut bukit je!! DENGAN PAKAI BAJU KURUNG!!!!!

Haaaa. Kau bayangkan lah,,satu group budak perempuan terkedek-kedek, ketetel lari lintang-pukang dengan pakai baju kurung masing-masing, kena kejar dengan orang gila meroyan yang terpekik-pekik dengan pegang pisau segala bagai. Hhaaaa. How awkward is that. Dah la macam tu. Tengah lari tercungap-cungap ni, budak laki boleh pulak tengah main bola kat bawah tu.. kitorang dah la tengah lari, turun bukit pulak tuu..
dah macam treler yang bawak 180-kmh tak de brekk kau tau takk!!

"TEPII!!! TEPII!!!!!! HUWAAAA!!!!"Ira jerit kat budak laki tu. Nasib baiik laa budak batch sendiri.

Antara budak lelaki yang tengah main bola kat bawah.==''
*Budak lelaki ke tepi,,dengan muka pelik nak mam..*

"Cepat Raaaa. Pakcik tu ada lagi tuu!!"Aku cakap kat Ira.
"Makkkk!!!!!Cepat weyy!!Pakcik tu nak turun bukit dah!!!" Nana kata.


"Eh, korang ni apasal ni!?" Faliq sempat tanya
"Ntah, Macam kena kejar hantu je." Eidil pulak kata.

Ahh. Besok je lah aku terangkan. Nyawa lagi penting. Hahahhah last-last kitorang semua lari masuk asrama. Siap tutup pintu semua lah...and aku rasa pakcik tu stop kejar masa kitorang turun bukit tadi kot.. dia tak larat nak naik balik nanti. hahahhahah.Eeisyh,.tak baik nyaa. Hhahaha.

"PAKCIK TU GILAAA KE APAAA!!!" Feeqa kata.
"Aku tak tau la aku pakai selipar sape ni!!" Ira pulak sambil tengok selipar kat kaki dia tu.
"Ya Allah,,dekat padang pon aku join perbarisan! Dekat DM aku boleh jadi SPRINTER!" Aku cakap dengan termengah lagi tu. (Maklumlah,dah berzaman tak lari,stamina tah ke mana)

"Wey Fatin!! Kau gila ke apa...buang sisa air tu dalam besen tu kenapa?Hahahhaha. Dah la pakcik tu baru cakap!" Syahadah cakap.

"Tak...Atin tak perasan. Sumpah masa tu macam tengah berangan kejapp. Air tu tumpah dalam besen tu! Dah tiba-tiba si Doraemon tu keluar pulakk! Hahahahha" Fatin explain.


Hahahhaha. Kitorang pon terus gerak naik atas, tukar baju lain laa cerita diaa. Baju kurung tadi huhh,tak payah cerita laaa. Masing-masing balik tu terus cop singki, nak basuh baju malam tu. Hahaha. Okay esoknya macam biasa la masuk DM apa semua. Masing-masing takut-takut jugak tapi buat muka macam tak de apa jadi pon. Tapi muka pakcik DM tu bila nampak kitorangggg..haaa bengis gila lahkann. Hahahhahaa. Dalam 2-3 hari jugak la dia menyampah gila tengok muka kitorang ni.. kitorang pon? Buat muka innocent je lah! Apa lagi..aku dengan Fatin kan budak Viscom.so studio kitorang ni kalau nak balik memang lalu DM.dalam 2-3 hari lepas insiden kena kejar tu, on he way nak balik.nampak pakcik DM ni jumpa Cikgu Too (GPK)

'EHH,dia mengadu ke apa siot' aku cakap dalam hati.
"Weyh,Te'a,tengok tu." Fatin tunjuk.
"Nampakk.bia lah..cakap pasal benda lain kot.." Aku cakap.nak sedapkan hati sendiri sebenarnya.

Lalu sebelah Cikgu Too dengan pakcik tu, tiba-tiba Cikgu Too tahan dengan Ayahanda Aeron sekali berhenti.'Aduuh, kecohlaa si Doraemon ni' =='

"Budak-budak ni hari tu cikgu..." pakcik ni keluarkan statement dia.
"Ehh, bukan saya sengaja pon Cikgu Too.,air tu tertumpah..." Fatin betah balik.

"Saya bukan apa lah cikgu, cuma ye lah kita ni bekerja, dah tua.hormat tuu..blablabla." Pakcik ni balas lagi tapi dengan statement macam pasrah. Aku dah panass je,.senang-senang je nak letak blame kat kitorang !? Yang dia kejar kita pakai pisau potong daging yang gedabakk tu tak nak sebut ?

"Ye laa Cikgu Too, takkan laa saya dengan Fatin semua tak larii, kalau pakcik ni dah kejar kitorang sampai kat luar DM dengan pisau kat tangan..sape je tak takut,.. takkan sebab air tu je kot.." aku cakap.

Haaaa.Puas hati aku. Hahahha jahat kan..tau dahh. jangan ikut tau.
Ayun n Nano
Cikgu Too dah nampak conversation kitorang makin panass. So Cikgu Too just amik solution dua-dua kena ada tolak ansur. Heh puih laaa tolak ansur ! ==''.Fatin kena mintak maaf dengan pakcik tu. Pakcik tu tak de pon say sorry ke apa. Bagi muka kesian je adalah.eeii !Geram aku.

So malam tu pergi makan malam la dengan budak-budak ni semua. Diorang dah tau dah petang tadi kitorang jumpa Cikgu Too dengan pakcik tu. Tengah amik lauk makcik Kiteretsu ni datang,dia cakap..

"Makcik nak mintak maaf laa sebab hari tu pakcik kau tu. Dia memang macam tu. Panas baran. Kadang-kadang tak dapat nak kawal... tu yang sampai kejar korang budak perempuan semua ni sampai kat luar tu." Makcik ni explain elok je..

Ye lah kitorang bukan marah sangat ke apa pon, cuma bengangkan pakcik tu punya emosi je.lepas makcik tu cakap macam tu,kitorang semua slow down la sikit..say sorry la dekat makcik tu, kesian jugak diorang.tak elok kitorang buat orang tua macam tu kan.. nak cakap dengan pakcik tu takutt .So makcik tu jelah tolong sampaikan. Hahahahha. Lepastu kitorang pon hidup happily ever after ^^ (puih.like it really exist ==)


Hahaha okay gais :) Thank you for reading. Yang ni memang 100% betul. Serious aku tak tipuu. Hahaha. Korang kalau ada idea nak share ke apa boleh email kat aku. Insya Allah nanti aku edit sikit. Kita masuk blog okay ^^ (fatihahlatip@yahoo.com)

Wednesday 27 January 2016

#BLACKOUT ASPURI LAMA

Assalamualaikum :) hai gais ! ^^

Okay, memandangkan dah lama tak menulis ni,cehh... haahahaha. Hari ni, kita bukak satu lagi cerita yang XXX FILE  kat Aspuri. Hahahaha. Ready semua ? *Sarung blazer* *Betulkan shades* Here we go!


Okay,  biasanya weekend kat Aspuri, Sabtu malam Ahad tu la. EXCO Keceriaan dengan MT yang terlibat akan buat tayangan untuk Aspuri. Hehehe. Memandangkan kami-kami sekalian yang jadi EXCO asrama ni busy sikit kebelakangan ni dengan pameran dan show-show yang berkaitan,maka jaranglah berlaku tayangan untuk warga Aspuri terchentaa sekalian kerana tiada siapa yang sempat menguruskannya.(Ewaah, berbaloi Cikgu Hjh Norkiah ajar BM kat aku ni, walaupun tak A+. tapi A bulat pon cukupla. Hahahah) 



"Weyh,petang tadi Batrisya tanya aku ,pasal tayangan Aspuri.." Feeqa bersuara masa tengah siap-siap nak pi prep malam. Kat dorm 25(Form 4).



"Aah laaa. Aku lupa pulak esok Jumaat! Ada jugak plan nak buat tayangan sebenarnya." Nana cakap. Ye la Nana ni EXCO keceriaan Aspuri,so memang tayangan-tayangan pe benda ni semua under dia, tapi dia ni budak tari, so, ada show luar. Busy la nokk.



"Haaa.. tak pe. Kita buat je la minggu ni Na. Pleeasee. Otak aku ni macam nak bekecai hadap Aspuri ni hari-hari. Sekali-sekala bagi la hadap Shah Rukh Khan ke..Shaheizy Sam ke.. Aaron Aziz ke. Haahha." Ayun pulak kata.



Pecah gelak masing-masing.



"Kau ingat Aaron Aziz tu semua nak ke hadap kau Yun? Diorang pon tak rela tau." Fatin cakap.



 Ayun buat muka ==" "korang ni .."



"Tapi Naa, kalau buat tayangan ,lappy kau nak pinjam sape punya ?" Syahadah pulak tanya.



"Haa.. tu lah. Biasanya pinjam bonda punya, tapi bonda tak de kan minggu ni? Dia balik kampung. Nanti aku try tanya Ayahanda Hai.. tak pon Ira bawak lappy kan.." Nana explain..heheehe.



"Nanti aku dengan Fatin try tanya Ayahanda Irwan nak pinjam speaker studio boleh tak? Tak best aa tengok movie slow-slow. " Aku cakap.



"Okay !Cantekk!" Nana agree.



"Haaa! Yes !!Yeayy yeayy! Minggu ni ada tayangan .Yeayyy!!" Feeqa bersorak gaya macam Malaysia dapat penalty kick dengan Vietnam. Eh ? Hahaha.



So semua terus gerak gi prep. Esoknyaa, habis solat Maghrib.



"Te'a,aku dah dapat lappy dah ni, kau amacam? Dapat speaker tak ? " Nana bisik kat aku time tengah tadah tangan baca doa tu. Hehe.

"Ni Te'a Latip laaa.. cehh!Hahaha padahal tadi Fatin yang mintak. Hahah. "Dapat la.. ade dah kat atas tu. " Aku balas bisik kat Nana. Teruk sungguh la perangai becakap time doa. Hehehe.


"Okay cun! Malam ni kita pasang kat bawah !" Nana kata.



So Nana,Syahadah,Izzah,Fatin dengan few EXCO lain tengah setup kat bawah tu,Tia dah announce kat Aspuri dah malam ni ada tayangan. Huih, menjerit jugak Aspuri masa tu, terus masing-masing turun bawah dengan bawak segala binatang yang ada bukan setakat bear,girrafe,lembu,tikus pun ada. Macam-macam saiz 'bear' diorang ni.Yang beso, yang kecik,selimut,tin biskut,maggi...dengan baju tidur Doraemon, Hello Kitty... hahaha comel jugak budak;budak ni. Terus amik port kat tikar yang dah bentang kat tayangan tu. Aku turun dengan Feeqa.



"Korang bukak cerita apa Rina ?"Aku tanya Rina.



"Maybe Step Up kot, tapi tak boleh pasang ni..tak cukup plug." Rina cakap.



"Duh,pulak dah..abis tu ? " Feeqa pandang Nana.



"Hmm, aku takkan nak cancel pulak, kesian budak-budak ni..mana nak dapat extension lagi?" Nana balas sambil pandang Aspuri yang dok tunggu Kak Nana diorang ni pasang tayangan.



"Aku rasa kat Studio Keyboard ada banyak extension.." Aku cakap slow. Hehehe.


Feeqa pandang aku.Dia sengih. Ha! Bagus! Ni aku suka pondan ni, dia okay je!


"Eh kejap, kejap. Studio tu tak kunci ke ? " tanya Nana .



"Alah, kan Bonda Tiska ada kata kunci pintu tu hilang,tapi tak tau aa gril besi tu ada mangga ke tak. " jawab Feeqa .



"Tak pe..kalau ada pon, kita bawak la apa-apa dawai supaya boleh bukak mangga tu, hehehe." Aku cakap. 



So kitorang tak tuggu lama. Suruh Aina campak cardigan dengan tudung kat bawah (punya malas nak balik dorm tingkat 4)...heeh. Campak la tudung tu dari tingkat 4 ke bawah. Hehh. Aku dengan Feeqa keluar. Sampai kat depan gate Aspuri yang luar, tengok kawasan sekolah macam sunyi semacam je..



"Weyyh Feeqa, macam sunyi sangat je sekolah ni wei.." Aku cakap separuh bisik kat  Feeqa yang kat sebelah aku ni.



"Ha'a. Aku pun rasa macam tu jugak. Kang jadi apa-apa payah jugak." Feeqa cakap.



Hahah..masing-masing ni tadi kat Aspuri konon berani sangat...dah keluar...baru tau seram .Hahaha so kitorang decide nak bawak sorang budak lelaki. Hehehe, so apa-apa tak lah seram sangat kan.



*Tok,tok,tok* Ketuk tingkap dorm bawah Aspura.

"Assalamualaikum" .. "ooo..assalamualaikum." Feeqa bagi salam.


"Haa, Te'a,Feeqa? Asal ? Ada Aspuri kena sampuk lagi ke ?" Umair tersembul sebalik langsir tu.




Aku dengar soalan Umair ni.. =='' . " Aku tendang kau ni kang Umai, mulut tuu...?!!" Eeii, geram betul aku.


"Ntah kau ni..cakap la elok-elok sikit. Tak, aku dengan Te'a nak rembat extension kat Studio Keyboard,sebab nak buat tayangan. Budak-budak Aspuri tengah tunggu tu. Nak pergi berdua je seram pulak, ingat nak mintak kau teman. " Feeqa explain.



"Oohh... haaa. 0kay-okay. Tunggu kejap aku keluar." Umair bla.



Eh? Bagus betul Umair ni. Tak banyak soal! Hahahha. Bagus. Cepat siap kerja aku. Hehhehehe. Umair pon keluar, dengan pakai seluar paras lutut dia tu... hahaha tak kesah la Maii, asalkan kau teman. So kitorang terus gerak pegi studio. Sampai kat studio.



"Wey Te'a, kau bukak la. " Feeqa kata kat aku.



"Apa aku pulak, kau laa.." Aku pandang Feeqa.



"Umair lah, kau kan Pencetus Ummah Sekolah." Feeqa kata kat Umair.



"Ahh kau, tadi suruh aku teman je, tak de kata suruh bukak pintu." balas Umair .



=="" Hampeh la dia ni. Puih. Aku pergi kat pintu tu,sekali aku pulas tombol pintu tu...tak kunci. *Srrrreeakkk* (Pintu terbuka)



GELAP GELITA. Tahap yang kalau kau letak Raju yang dah sunburnt 3 bulan dalam tu,kau memang tak jumpa apa-apa. Aku diam. Dalam hati dah kecut dah.



"Uih, gelap gila doh. Dah tepi. Aku masuk,sebab tadi kau dah bukak pintu kan." Feeqa kata.

Dia dah tolak aku ke tepi sikit nak pergi kat pintu tu. Aku tau makcik ni cuakk jugak. Tapi dia belasah je.


"Ah, tak payah,tak payah. Kang jadi apa-apa aku yang kena. Tepi sikit Feeqa." Umair masuk dalam. Grill tak kunci, lampu bukak. Fuhhh.. baru laa lega sikit ..

Dia amik extension tu bagi aku. Time nak tutup lampu tu yang cuak sikit..bukan sikit.. banyak sebenarnya. Aku dengan Feeqa tunggu si Umai tutup lampu kat luar.
*pap!* Lampu tutup* 

Umair keluar,dia tutup pintu,grill semua. Aku dengan Feeqa tengok je, si Umair ni. Huih. Berani jugak dia ni.. macam hero malam ni. (Cakap dalam hati) Cehh, puih,hahaahhaah.


"Dah la. Kau nk duduk sini ke apa ?"  Umair cakap.


Sedarkan aku dengan Feeqa.Ceh, puih! Buat malu je dengan Umai. Nampak aku dengan Feeqa usha dia macam tu.=='' So kitorang balik. Dah cakap thanks kat Umai. Balik Aspuri. Masih setia menunggu lagi diorang semua. Aku dengan Feeqa balik bawak extension, macam bawak balik Piala Malaysia je. Hahhaah. Dia punya sorak..hahahhaha dengan tepuk tangan semua aah. Nana mesti da bagitau diorang pasal extension ni. Hhaahahah,kalau tau macam ni, tiap-tiap minggu aku sembunyi extension. Pas tu acah-acah pi rembat extension lagi demi Aspuri terchenta. Hahahhaha.


 9.00 - 10.45 mlm 
 TAYANGAN ON.


"Okay dahh Aspuri, ni makanan korang jangan tinggal..tikar..." Dah dengar suara Syahadah bagi arahan kat Aspuri kemas balik dataran as tayangan dah habis..untuk diorang. Heheheh. Untuk Form 4.. baru nak mula. Hehheheheh. Kitorang punya plan memang habiskan awal sikit tayangan kat Aspuri. Lepas tu kita bawak naik dorm,kita buat tayangan kat dorm pulak! Yayyy!! (Jahatnya  nauzubilllahhh)Hehehe.



Alaah, sekali tu jee. Bukan tak nak buat dengan Aspuri.. kitorang nak tengok cerita hantu siam tuu.. mana boleh pasang kat bawah..kang jadi apa-apa. Uiih. Tak sanggup den amik risiko.. lagi pun yang kat bawah time tu.. Form 1.2.3. haaa..kecik lagi.. (Cehh,macam kita besa sangat) Hahahahha. So malam tu kitorang pun project la movie tu kat dinding dorm, sambil bergolek atas katil,lampu tutup, pintu kunci. Fuhh.. HEAVEN GILAA ! Macam tengok wayang wooo,cuma beza dia tak de popcorn. And boleh guling-guling dengan member atas katil sambil makan makanan masing-masing. Masa tu biskut petak Hup Seng tu pun dah sedap sangat dah. Haha okay. Cerita yang kitorang tengok ni. Tajuk dia COMING SOON. Nama hantu dia SHOMBA. Jangan tanya aku kenapa nama dia tu apa semua. Aku tak tau. Dia cerita pasal semua orang yang satu cerita tu kat wayang akan mati...in a very tragical way. Masa tu memang ramai jugak kat dorm 25 tu. Bukan budak dorm kitorang je...hehehe. 


 11.30 - 1.00 pg 
 TAYANGAN DORM 25 





Tayangan habis. Muka cuak masing-masing. Dorm yang asalnya bole masuk 10 orang, malam tu macam mangsa pelarian...macam ikan sardin...Macam ikan keli dekat pasar...berhimpit-himpit. Hahahah. 2 single bed bole baring 5 orang. 3 single bed bole baring 7 orang. Haahahha. Masa tu tak kesah sempit ke apa. Asalkan ramai-ramai. Tak takut. Okay nak dijadikan cerita. Malam tu .. Blackout.


Pap! Gelap! 



"OMAKKAUU PATAH KAKI GELAP SHOMBAA SHOMBAA!" Suara Eton dari katil Syahadah jerit melatah.



"Eeisyhh! Kau ni! Jangan laa disebut-sebut nama tuu! Da la gelap ni!" Si Nana cakap kat Eton.



Masing-masing macam freeze kejap kat katil masing-masing. Ye lah...da la baru lepas tengok cerita hantu. Hantu siam lak tu. Korang tau tau je la kan hantu siam ni seram dia tahap ulang alik pergi tandas 10 kali punyaa. Blackout pulak malam tuuu. Pukul 1 lebih weii. Aspuri lama ni, kalau blackout dia lain macam sikit. Masa tuuu lah dengar budak jeritlah, lari-lari la. Puas la menjerit kat Aspuri dok kata jangan jerit, jangan lari. Tapi rupa-rupanyaa... tak de sape pon yang jerit, tak de sape pon yang lari. Orang kat area bawah je dengar. Yang dok kat aras 3-4 tu,pelik je dengar EXCO-EXCO kat bawah suruh jangan lari bagai. Fuhhh... 



"Ira, hari tu lampu emergency kat bawah tu ada lagi tak ?" Anis tanya Ira.



"Last aku tengok hari tu, ada lagi kat bawah tu. " balas Ira .



"Dorm korang punya lampu emergency kat ceiling tu rosak ea?" Rina tanya.


Haaa. Ni lagi satu isu. Setiap dorm ada satu lampu emergency lekat kat ceiling. So kalau blackout,lampu tu automatik on sendiri. Tapi masalahnyaa... dorm aku dengan few dorm lagi kat Aspuri ni antara dorm yang lampu tu dah rosak. So kalau blackout biasanya..ada lampu emergency yang hand-carry punya. Biasanya ada  kat dorm je. Tapi last week  warden suruh letak bawah balik, sebab takut rosak,hilang and so on lah.



"Dari kitorang masuk dah rosak.." Feeqa jawab.


(Syahadah keluar sejak blackout tadi, suruh Aspuri tenang sikit semua.)


"ASPURII! JANGAN JERITLAH ! KETUA DORM PASTIKAN SEMUA AHLI DORM DALAM DORM MASING-MASING !" Dengar suara Syahadah announce kat Aspuri dari luar dorm kitorang. Bukan nak marah sangat. Cuma bila diorang ni dok jerit-jerit,tengah gelap macam tu...pukul 1-2 pagi macam ni, haa..benda apa yang suka. Kalau jadi apa-apa, cuba bagi tau apa je kita boleh buat dalam gelap macam tu...kita pon takut..



"Eh ? " Nana pelik.



"Sape jerit ?" Ayun tanya.



"Ada budak lari-lari ??" Anis pulak pelik.



Masing-masing pelik dengan announcement Syahadah tadi. Jerit? Mengigau ke apa makcik ni..mana ada orang bising kat luar tu, punya la sunyi.. eeisyh,bia betul Syahadah ni..



*Syahadah masuk dorm*



"Geram betul aku budak-budak ni...macam pasar kau tau tak, kat luar tu ? Dengan lari diaa.. terpekik-pekik!" kata Syahadah .



"Hmm, tu aa pasal...tapi sebenarnyaa... kitorang rasa kat luar tu sunyi gila."  Aku cakap.

"A'ah. Pelik jugak kau suruh diorang senyap.." Feeqa sambung.
"Aku rasa semua dah tido..dah pukul 1 lebih dah ni..kau sure ke kau dengar Syahadah ?" Aina tanya.


"Wehh, sumpahh.!!Memang bising kat luar tu!!! weyh serious aa! Korang cuba la keluar!"Syahadah explain beriaaaaa.



"Eeisyh, tak berani aku.."Ira kata.



Feeqa dengan Fatin keluar. Then diorang masuk balik.


"mMemang bising doh.. tapi masuk dalam dorm je..senyap terus. Eisyhh!" Fatin kata.


Aku dengan Aina pulak keluar, macam tak percaya je masing-masing. Eh? Senyap pulak luar ni, mana bising diorang cakap tadi tu ? Aku pandang Aina. Aina pandang aku. 



*DUM DUM DUM DUM..* BUNYI TAPAK KAKI ORANG BERLARI. Betul-betul belakang aku dengan Aina. 



"MAK!!!!!" Saing aku dengan Aina jerit. Berdesup masuk dorm! Cerita kat diorang. Masing-masing nak tido dah payah dah. Aku jangan cakap aa. Dah kejung dah kat katil tu.



"Baru aku teringat, masa aku dengar bunyi tapak kaki tu,Kak Zak pernah cakap, asrama ni kalau aras 3-4 memang famous pasal budak perempuan tocang dua suka main lari-lari, especially kat Dorm 20. " aku cakap.


"Anis, teman aku pergi toilet kejap. " Fatin mintak teman.


"Alaaa. Takut laaaaaa." Anis kata.



"Alaa.. jom laa. Ira, jom teman aku sekali! " Fatin ajak Ira.Ira ajak aku.



Maka kitorang pon berempat la pergi toilet malam tu pada hal sebelah dorm je. Okay nak djadikan cerita ea, Fatin kat toilet kedua. Toilet ketiga ni rosak flush dia. Toilet keempat pulak jarang guna sebab air slow..



"Te'a?!!" Fatin jerit dari dalam toilet.



"Iyee, ade ni haaa. Cepatlah sikit." Aku cakap.



"Anis!! Iraa!! " Fatin jerit lagii.



"Woi cepatlah Tin! Kau niii!!" Ira pekik. Haahahhaha.



Tiba-tiba pintu toilet ke-3 .. BAMM!! (TERTUTUP SENDIRI)

Aku dengan si Ira, Anis dah frozen dah tengok pintu tu tertutup sendiri. Nak kata angin, mana pulak, kitorang punya panas malam tuu. Aku,Ira, Anis terdiam..


"Fatin.... cepat laaa." Anis kata takut-takut.



*SQUEAAAKKK* FATIN KELUAR.

Kitorang baru nak gerak. Tiba-tiba. *SREEET,SPLASSSHHH* 
TOILET KETIGA PUNYA FLUSH BUNYI SENDIRI GAISSSSS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



"ARGHH!!!!!" Empat-empat lari tak cukup tanah masuk dorm ! Masuk-masuk dorm je kena marah dengan budak-budak ni, sebab jerit. Tapi lepas kitorang cerita kat diorang apa jadi. ...baru tauu kenapa kitorang muka cuak tak ingat dunia time lepas keluar toilet tuuuu!!! 







p/s: 70% were real , 30% were not,sebab ada few isues yang kena pertimbangkan balik. Eewaahh, hahahaha apa-apa pon, terima kasih sebab baca! ^^

















Wednesday 13 January 2016

#The First Struggle

Hai guys :)

Da lama jugak senyap kan? Hehehe. Sorry ea mood lari-lari sikit. Aku kan tembam, so nak kejar, dapatkan balik mood tu lambat aa sikit. Hahaahaha (faham ke..)

So hari ni, aku nak bukak cerita sedih sikit,boleh ea? Hahahah tapi ni kenyataan tau gaissss. Hahahaha. Aku share sikit pasal masa mula-mula masuk visual dulu ea..first time, first day Form 4 Teater dalam satu studio yang sama. And macam yang kita semua tau, naik Form 4 semua orang bebas nak masuk bidang yang sesuai kan. So masa ni, aku still 50/50 je nak masuk Visual ke nak teruskan Teater. And tak de sape pon yang tau. Yang tau cuma Kalsom  dengan Anis sebab Kalsom pon nak tukar bidang. Anis sebab aku ada mintak opinion dia.

Antara teater Form 4 (2013) with new members.
Masa budak teater gather first time, dah ada la budak-budak yang tukar bidang masuk bidang teater, ni baru masuk. Syahadah dari bidang tari, Alimin dari bidang visual, Nano dari bidang muzik, Zul dari bidang muzik. Senang kata, budak-budak yang masuk bidang teater ni memang meletop-letop la talent acting diorang ni.. kalau nak banding dengan aku? Heh. Macam Johor dengan Perlis. Eh entah-entah sampai Thailand kot, hahaha. Tak boleh tipu laa. Aku memang ada rasa macam habuk je dalam studio tu kalau nak banding dengan talent member-member ni. Hahahaa. 

Itu memang antara reason  yang aku rasa teater bukan tempat aku, ecewahh..sedih ah. Hm.okay. So tengah-tengah Ayahanda Farid brief kat depan pasal antara event yang akan kitorang buat tahun tu..

*tok tok tok*
"Assalamualaikum.. ayahandaa." Anis datang.

"Waalaikumussalam,ye . Kenapa?" Ayahanda jawab.

"Umm, Bonda Yus panggil budak teater yang nak masuk Visual, turun Studio Seni Halus sekarang."

DUPP!Jantung aku stop. Eh,aku ke? Dia tengah cakap pasal aku dengan Kalsom ke? Aku kena pergi sekarang ...? Biar betul ni, betul ke apa aku buat ni.. eh.. aku buat apa ni..

"Te'a, jom.? " Kalsom tepuk bahu aku slow.

Aku pandang Kalsom. Kosong. Aku bangun, slow. Aku dengar suara budak-budak teater ni..cakap slow-slow. Terkejut maybe...aku tak tau nak rasa apa masa ni. Sedih sangat...sebab nak tinggalkan diorang,takut gila sebab aku tau aku tengah buat satu decision yang akan ubah life journey aku 100% kot... tiba-tiba Umair tanya.

"Eh ? Te'a ? Nak pergi mana ?" Umair tanya.

Masa tu, Umair sedarkan aku kejap. Sedarkan aku yang  show MGK (Malam Gala Kesenian) 2012 tahun lepas tu, last farewell aku dengan budak-budak teater, last time aku discuss pasal q-sheet dengan diorang, last time berlakon dengan Histreonics (nama group teater F3), last time work as a family dengan diorang on the same stage, last time aku akan rapat macam tu sekali dengan adik-beradik tak kandung aku kat sekolah tu. Masa aku atas pentas dah habis.. :) ceh,macam la selalu sangat on stage hahahaha.. tak kira! Sedih jugak! Hahaha.

Aku pandang Umair, aku senyum. :) Senyum je la. Aku nak cakap apa lagi ? Hm...

"Weyh, bapak aa Te'a.." Oton cakap.

"Macam tu je kau bla? " Balqis pulak cakap.

Aku tau diorang sentap tahap dewa dengan aku, sebab senyap-senyap bla. Kalsom bukan diorang tak sayang. Cuma dari tahun lepas Kalsom ada sentimen dengan budak-budak teater ni, so dia lagi banyak senyap. Aku? Aku mana tau senyap, memekak je. Haha..aku kena buat decision ni. Aku tak pandang diorang pon, aku takut kalau aku pandang, aku tak sanggup. Aku takut aku tak kuat dengan decision aku tu. So kat sini, aku nak mintak maaf gais. Bukan niat aku nak bla macam tu je dari korang. Tapi aku tau, korang akan lagi strong,lagi firm from that year onwards. Aku dah tak sama level dah dengan korang. Teater bukan tempat aku lagi..haha. Sorry ea. Jangan aa sentap lama-lama..rindu aah. Hahahah. 

Last kat pintu tu.. aku pandang belakang.. aku nampak muka..Hafiz.. dia tak senyum. Dia tak jeling. Dia tak buat apa. Dia cuma pandang dengan satu pandangan yang pada aku bawak maksud :

  'Kau sanggup kan buat macam ni?' 

3 seconds. Dia pandang depan. Hm.
Umair, Idan, Oton, Fizi langsung tak pandang aku. Yaya dengan Aqish pandang aku dengan muka still shocked kot.. ye la aku pon terkejut, apetah lagi diorang yang tengok. Haha.

'Great Te'a! Great! Tengok apa kau buat..hm,aku mintak maaf gais'. Aku tunduk. Aku just sempat cakap kejap kat pintu tu...last.

"Terima kasih ayahanda :') " Aku bla.

'Okay, sedih tu nanti... control..control..chill..focus Te'a..focus! Kau nak masuk bidang yang kau langsung tak tau apa-apa ni...ready,ready..jangan nangis. Kau yang buat decision ni..kau kena hadap..shhh..shh.. '

Sepanjang jalan, aku dengan Kalsom diam. Masing-masing melayang dengan fikiran masing-masing kot. Anis je bercakap, dia mention la,kitorang nanti akan kena buat still life drawing, alah..yang letak barang kat depan tu, pas tu lukis tu..nak tengok stroke masing-masing, nak sortkan masuk department mana. Seni Halus ke, Rekabentuk ke  atau Komunikasi Visual(VISCOM). Aku dah tak fikir apa dah, memang masa tu aku rasa lukisan aku laa paling buruk, ye laa. Kau lawan dengan budak-budak yang memang ada gifted skills in visual art kot, pehh. Nak banding dengan lukisan aku? Budak darjah 3 lukis lagi lawa weyy. Kalsom? Kalsom okay. Ayah dia designer..lagipun Kalsom ni,dia memang boleh lukis..kena pulak,Kasman (Kalsom's) ada dalam tu. Kasman kan budak visual. So I guess dia tak lonely, dia ada someone to rely, aku ? Nak bergantung kat siapa, kalau bukan diri sendiri? Hahah.. sedih kan ? Tak lah, tak sedih pon.

Viscom Studio 2014. Siapkan mokap produk :)
So mula la journey aku as budak visual (VISCOM). Bulan pertama aku dalam department visual tu.. budak-budak teater langsung tak tegur aku, kat kelas ke.. kat DM ke..masing-masing still terasa lagi  kot dengan apa yang aku buat. Yang budak perempuan okay sikit..sebab ye la jumpa kat asrama kan,selalu tegur, tak lah tegang sangat macam dengan budak lelaki. Yang lelaki ni, kuat sentap nokk. Ye la, aku banyak meraban dengan diorang, bila aku terus bla macam tu..sakit hati laa jejaka-jejaka sentimental tuu.. hahah. Sampai kau tau tak, diorang bole panggil aku "murtad teater". Aku tak tau pon, sampaila pernah sekali tu aku kena lalu depan Studio Teater,sebab nak pergi Studio Rekabentuk, which is sebelah Studio Teater. Budak-budak laki ni kat luar.

"Oi budak murtad teater." Salman kata.

Ha? Murtad apa? Murtad ? Biadap gila siot..tapi aku bia lagi laa. Bukan aku kot.

"Kau dah laaa murtad teater!" Budi pulak jerit.

Aku fikir balik. Murtad = keluar. Murtad teater = keluar teater. Siapa? Siapa yang kat depan diorang sekarang ni. Aku ? Aku ? Murtad teater? Fuhhh..lebih aa ni.

"Agak aa, tak payah aa sampai murtad kot." Aku bagi sedas.

" Memang betul pun kan, kau yang bla macam tu je." Bidin balas sedas.

"Kau tak tau pun kenapa aku keluar, tak perlu kot nak murtad segala bagai." Aku dah bingit dah dengar si Bidin jawab tadi.


"Masalahnya kau bukan tak boleh bagitau awal-awal kat kitorang kan.." Salman balas.

Aku diam. Malas nak gaduh. Sebab at last diorang mesti menang. Tak kisah la kau betul ke salah,sama je..kau tengah lawan debat dengan budak teater woi, budak yang belajar artikulasi, emotion, expression. Haaa. *angkat bendera putih*

Tak pe laa.. aku faham..tak reda lagi,bia la dulu..aku pun satu jugak, tak reti nak say sorry ke apa. time cuti sekolah tu, balik rumah kan..so, Hafiz sms.. (masa ni I olls sms tau.. tak de wsp-wsp ni..hahaha)

"Kau tak bagi tau pon kan..? " 

Aku baca. Eh? Alamak ..

"Aku tak cukup hebat nak satu pentas dengan korang lagi.. " Ceh,syahdu an. Hahaahh.

"Kan boleh belajar, kita semua belajar..tak de yang hebat..semua sama je.." Hafiz balas.
Dia ni memang macam ni. Tak tau nak pujuk pun, cakap dia tegak je, tapi ada meaning. Hahah, dia macam 'kau faham, bagus, tak faham sudah' . Payah gak kadang-kadang.

Aku dah fikir ..apa lagi nak bagi tau dia ea...aku still fikir.

Hafiz Call.. eh dia niii..sabo laaa. Alah,alah, alah call pulak..

"Hello?"

"Kau ni Te'a.. main bla macam tu je kan, tak fikir langsung perasaan orang lain..bukan nak bagi tau ke apa. Tiba-tiba je... haih.. " Slow je dia cakap.. terkejut gak aku. biasa kemain memekak lagi.

Eh, bunyi jauh hati je ..duh..macamana laa nak buat ni..

"Hafiz.. aku pun tak sangka hari tu jugak Anis akan panggil..aku pun tak sure lagi dengan apa yang aku buat masa tu..tapi yang aku tau,teater bukan tempat aku lagi..alah,korang pun dapat ramai budak-budak baru kan..? Syahadah, Nano tu semua..bukan calang-calang tuu..uhuhuhuhu." Aku gelak aa sikit.

Heh, throwback je ni gais,2014.Produksi.
Tak nak tense kan sangat keadaan, aku da la tengah serabut ni..kang kalau pressure sikit,ada jugak yang jawab call tersedu-sedan kang. Ahahahha, cengeng memang Fatihah Latip ni.

Dia senyap.

"Bukan pasal orang baru.." Dia cakap slow je, cukup untuk aku dengar.

Maigadd!! 0_0 ''! Mamat ni bia betul sedih ni sebab aku keluar teater??? Huuisyh. Selama ni aku tengok macam tak kesah je.Iisyh. Okay okay serius,serius.Nak cakap apa ni aa.. hm..*angkat kening, tangan kat dagu*  Haaaa! Ting! *mentol menyala* 

Ecceh,ntah apa-apa. Mana datang mentol ntah. Hhahahha.

"Ala,tak pe la..at least bila aku keluar, kau tak payah la awkward sangat nak berlakon kat depan kan.. tak de la kau malu-malu sangat dalam studio tu..heh." Aku try ea.. aku try jee..pujuk. Jadi ke tak. Lantakla..

"Mana ada aku malu !!" Hafiz balas. Yess!!!! Jadi !! Hahahahha.

"Haha ye sangat! Pigidah dey." Aku balas.

"Hahah..tapi takpe la. Kau nanti dah tukar bidang tu, jangan sombong sangat dengan kitorang. Jangan lupa kitorang ni..jangan lupa ..aku ni, ceh..hahahha." Yang last tu slow je..hahhahaah.

"Eh? Ahhahah lupa kat sapa tadi ?" Aku saje je sakat.

"Ahh. Tak de. Sekali je!"

"Hahahahahahhaa. Takde lah,kau ni cakap macam aku nak mati je. Macam aku ni pindah sekolah je..kat sekolah jumpa.. kat DM jumpa..haa."

"Aah. Kau memang sama kelas dengan aku ea Te'a..(sinis). Apa tadi ? DM? Kita memang satu asrama kan? Bole janji nak makan sama-sama." Sinis je, heh== Memangla aku tak sama kelas dengan dia, asrama pon,mana lak sama, terang-terangla dia Aspura aku Aspuri..so sebenarnya..masa kat studio hari tu memang last pon sebenarnya dengan dia..and budak-budak teater yang lain..hm.

"Mana boleh lupa korang tu, perangai masing-masing macam beruk makye,tapi kalau emotional ,boleh gegar sekolah tu! Hahahha, tak lupa punyaaa.Jangan risau." Aku jawab.

"Mana ada risau. Cakap je ! Hahahhaha." Aku sepak dia ni kang ==

"Kau ni . =='' Aku sepak kang ..== " Haaa.. kan dah keluar, hahaha.

So, conversation selebihnyaa normal balik^^. Sikit-sikit je ah gais,segan aa. Ceh. Geli aku! Puih,hahahhaha.

Masuk visual tu,tak senang langsung. Tak de apa yang senang. Especially kalau kau memang tak de langsung basic macam aku ni. Peh masa tu memang zero!! Tapi aku try la jugak. Every weekend, kalau free lepak dengan awin,belajar buat sketches. Sketches pon kena belajar? Ye. Sketches....   Budak-budak visual ni superb gila weyh, shading semua bagai, macam final artwork kau tau tak!!(emotional gilaa)! Aku punya sketch? Heh. Ntah la nak..masa  tu kalau ayahanda suruh aku buat figure orang. Aku buat orang lidi je kot..hahahaha. Belajar dengan Awin, belajar pasal structure satu-satu benda tu,belajar macamana nak buat shading tu sesuai dengan sketch, belajar macamana nak buat stroke supaya tak kasar sangat.

Hahah..dengan kat kelas dah la susah sikit nak fit in, sebab kena terus act macam kau dari bidang visual jugak, sebab kerja yang ayahanda bagi sama je susah dia. Tak kisah la dulu kau bidang apa pon.=='' Dia macam,' kau yang pilih bidang ni kan, kau hadap la' . Heh ==

 So bila kau tak dapat settlekan kerja tu dengan baik, kawan-kawan visual kau komfem-komfem senang je siapkan. Celah gigi je bagi diorang, tapi pada aku, separuh nyawa wei.++''including kalsom ea gaisss. Dia boleh adapt dengan study visual that time,kan aku dah cakap,dia boleh lukis.. aku je laa terkial-kial nak buat design..watercolour,tracing pakai illustrator(AI).
(software kat IMAC untuk buat design, adik-beradik Photoshop tu semua).
Fuh semua bhaii,semua,nasib baik laa ada member-member yang macam Layla, Awin, Fatin and most of them la yang selalu rajin sangat nak tunjuk aku macamana nak buat ke apa.



Team 'SENIKU' .2014. Hari Pentaksiran.

 Setiap hari Selasa kitorang (semua budak visual) akan kumpul kat Studio Seni Halus untuk buat drawing class. Kena pulak that week kena buat perspective drawing. At that time aku baru balik sekolah sebab cuti seminggu sebab demam. Demam panas masa tu. Doktor siap boleh tanya nak masuk ICU ke tak? Bhhahha. Sape nak masuk ICU doh?? Hahaha masa tu tak ramai pon tau. Hajah,dengan budak dorm je...so naik cuti tu,still ting-tong jugak la. Tak berapa nak okay sangat pon lagi, tapi fikir sebab time tu aku class sains..haaa, kau cuti lama-lama. Sape nak buat equation chemist kau, essay bio kau, kerja add maths kauu.. homework physics kauuuuu?! Cehh. Acah-acah! Macam selama ni aku siapkan semua kan. Hahahah.

 So, sambung, aku pun amik la kertas. Time tu aku amik la kertas A2 (2x kertas A3) nak buat perspective la ni. Masa tu bonda suruh buat perspective 2 titik. Aku buat aa! Dah siap, time dah nak habis kelas tu hantar kat bonda. Hahaha sikit punya bangga masa tuh weey. Sebab tak pernah lukis kat kertas besar macam tu.. hahahah masa tu rasa macam 'haa,cantiklah ni aku buat ni'. Haha tak tengok member-member lain punya. Dah macam arkitek punya drawing wey. Hantar kat bonda dengan seronoknyaaaaa.  ^^

"Bonda,nah. Dah siap." Aku hantar.Bonda amik.
 So kitorang gather,bonda collect semua drawing yang ada. Dia tengok satu-satu depan semua orang and semua jurulatih visual ye anak-anak sekalian..kau kena kondem ke kena puji ke semua depan diorang.

"haa.. ni Hanif, betulkan sikit lines dia ni.."
"Ni sape punya ni ? Kalai? Kenapa pekat sangat quality of lines awak ni. Nak lukis lines ke nak lukis perspective bangunan tu ?"

*Dia selak-selak. Dia keluarkan satu kertas*

"Ini siapa yang lukis macam budak darjah 2 ni? "

PRAPPPP!KOYAKK!! DIA KOYAKKAN GAISSS!!!!

"sSape punya ni ?  Fatihah Latip ? Buat balik."

Aku. Diam.

Segala urat saraf,blood circulation,nerve impulse semua stop hantar response. Everything freeze. Ya ALLAH,kenapa dia koyak kertas aku tuuuu (melalak tak ingat dunia) huwaaaa!! 2 jam siapkan tuu!!!! Fuhh..fuhhh..sabar sabar..chill..chill.. bukan kau sorang.. tu Kesom, Senah, Kuntum pon kena buat balik jugak.. dah..dah.. relax..chil.shhh..shh.

Muka aku 0_0 . Rasa nak tanam muka hidup-hidup kat dalam meja sebelah aku tu. Haa masa tu, macam kalau kau sepak aku tiga kali, baru aku rasa sakit dia kot. Bonda dah kata suruh buat balik. Yang lain sambung buat perspective 3 titik pulak. Aku apa lagi? Aku pergi tempat Ayahanda Aaron. Suara memang lembik gila laa. Masa tu la aku rasa macam nak demam balik je, bila bonda reject macam tu. Entah psychologycal effects kot..

"Ayahanda.. nak kertas.. " Aku mintak.

"Tu,  kat tepi meja tu. "

Aku amik, terus  bla keluar. Cari port jauh sikit dari studio. Eleh, tapi kalau memang dah nama dia sekolah, kau nak lari mana je der? Haha. Kononnya dengan harapan tak de orang jumpa aku, so aku boleh fix balik semua fuse yang cair and wire gauze yang tertanggal masa bonda koyak A2 aku tadi. Heh. ==" . Aku memang dah tak de mood la nak buat lagi. Sape je? Sape je boleh nak hadap balik kerja yang dia dah fokus dua jam siapkan, lepas tu kena koyak depan mata.Then kena sambung buat balik, dengan condition yang baruuu baik demam. Haa. korang nak buat balik? Aku tak nak. so..

Explaining somehing,ape ntah. Aku lupa. Hehe.


"Te'a.. jangan la give up.. bonda memang macam tu.. dia nak yang terbaik dari Te'a,sebab dia tau Te'a boleh .." Anis tiba-tiba datang ntah dari mana,usap belakang aku..fuhh..sikit lagi nak menitis dah ayaq mata masa tu. 

Aku angguk je.. 

"Kau rilek je Te'a..jangan stress-stress sangat." Anip pulak kata.

Eh pelik aku budak-budak ni datang dari mana ea? Aku dah lari punya jauh. Tapi takpe la. Maybe diorang tau la. Aku da la baru masuk visual tu, bonda pulak buat macam tu..so diorang macam Booster Energy and Mood (macam nama brand ah)hahah, untuk aku kot masa tu. Aku diam. Aku pun mula la sketch... yang entah apa-apa ntah masa tu.

"Haa..tu la salah awak. Awak padam balik draft lines yang awak buat untuk cari perspective line  dari point dia tu..(lebih kurang ea gais,tak ingat sangat)" Ayahanda Aaron tiba-tiba muncul kat belakang aku sambil tengok drawing aku.

Omakkau! Eeeiiiii. Ni kenapa semua kena muncul tiba-tiba ni..... aku tengok lukisan aku. Hmm betul jugak apa ayahanda cakap ni..

"Awak padam proses kerja awak sendiri. Biar kotor,comot sikit tak pe, nama dia sketch kan. Tak de orang buat sketching bersih.." Ayahanda amik position duduk sebelah aku. Dia amik sketch aku tu, dia draft balik kat bahagian belakang.

"Ni..awak  tak boleh pekat sangat..awak kena ..." haaa. Berjela la jugak, tapi over all it's quite helping .Sebab mesti la dia tau aku tengah down gila. And maybe sebab tu jugak la dia datang.. so kerja tu bonda bagi bawak balik siapkan. Heh, memang aku tak sentuh la cerita dia.  Lagi tiga hari before class baru menggelabah siapkan sebab nak kena submit selasa tu.

Last last.. ?

 CLASS CANCEL.


Seronoknyaa!! Kau tak tido straight tiga hari, semata-mata nak siapkan...last-last CLASS CANCEL.!!!! Sebab masa tu dapat task untuk buat artwork for JB ART FESTIVAL. so ..class that week tak de :) fuhh...fuhh...tarik nafas.....hembus....

Dah dulu ea gais :) Nanti sambung, Thank you sebab baca ^^. True story.