LISTEN :)

Friday 16 November 2018

Ayah left us part 1

Jumaat, 6 Julai 2018.
5.30 am.

"adik,adik bangun .kita pergi hospital"


aku bangun,dah tak tanya apa-apa. Keluar bilik je dengar ayah mengerang.merungut sakit.mesti sakit dada la tu. Aku belum panik apa apa sangat lagi sebab sebelum ni pun pernah je pergi hospital malam malam sebab ayah sakit dada.Aku pun fikir,'okaylah,harini pun kerja pagi'. siap siap. ibu bangun kan ayah duduk dekat sofa depan.Tiba-tiba ayah mencungap. memang mencungap tak cukup nafas! kitorang ingat nak terus pergi hospital kluang la, tapi ayah kata 

"takpayah,..pergi..klinik simpang..dulu" *mencungap-cungap.

aku dengan ibu pun tak cakap banyak,bawa ayah masuk kereta,terus shoot pergi klinik simpang. As expected,semua tutup,and takda orang pun dekat klinik tu. Aku dengan ibu pergi ketuk rumah staff dia ni,bagi salam nak mintak tolong. Ayah masatu dalam kereta dah mencungap lagi teruk . takut sangat.dia sempat jerit

"ma,naaa..."
"suruh dia cepat.." *mencungap-cungap.

tiba-tiba aku terperasan,ada satu no telefon dia lekatkandekat luar pintu klinik tu .

"SEBARANG KECEMASAN SILA HUBUNGI 019-********"
Punya lah terdesak,sekali tengok je terus hafal.terus call.

"HELLO! EN BOLEH DATANG KLINIK TAK AYAH SAYA SESAK NAFAS!"
separuh menjerit jugak lah kan. M.A yang angkat call ni dengan suara baru bangun tidur 

"okay,okay kejap lagi saya datang"

tengah ketuk tingkap pintu staff klinik yang duduk around situ, ttiba nampak sorang pakcik ni daripada rumah staf-staf tu,jalan nak ke surau.subuh. Dia tengok je bapak aku separuh nyawa dekat situ, aku tak tentu arah. Ibu pergi cari orang. Mungkin dalam otak dia, "takpa, sembahyang lagi penting".

kau ingat Tuhan tu bodoh macam kau ? kalau kau kena asma,dah nak mati, lepastu mintak anak kau amikkan ubat, kau dah nak mati dah ni .lepastu anak kau cakap

"kejap lah abah, kita solat jap" .

ha apa kau rasa ? kadang kita ni rasa kita la yang paling betul.asal pasal agama je,takda yang salah. Mesti diutamakan. kau kena faham semua ni datang dari Allah,yang tercungap-cungap dalam kereta tu pun sebab Allah tetapkan macamtu,dan kau saudara seislam, paling tak pun sebagai manusia lah, nampak 2 perempuan tengah tak tentu arah dengan seorang ayah yang sakit nazak. kau takda rasa nak datang ke? tanya kenapa. Aku harap kau tau apa yang kau buat ni zalim. 

Alright.skip that. 

Finally M.A ni pun sampai lah, after my second call,rushing him to be fast.As if my dad's life depends on him.hmm. dia pun terus bukak klinik tu, he walked slowly, lek lek je, ha yelah, bukan bapak dia pun kan, bukannya penting pun nyawa bapak aku ni. aku dengan ibu papah ayah nak masuk klinik, tengah rushing tu boleh pulak,sebelah kaki ayah termasuk longkang :( i felt so bad sebab tak tengok betul2 masa papah ayah tu :'( nak cepat sangat tengok dah jadi macamni . slow-slow aku angkat sebelah kaki ayah yang jatuh tu, he can't help it tho, dia dengan tak cukup nafas , Allahu,, Allah je la yang tau macamana kelam-kabut keadaan masa tu.

M.A ni maybe tengah practical thats why lembab sangat.pakai baju pun baju kolej kesihatan kat sarawak.so maybe dia posting kat tempat aku. dia pakaikan ayah oxygen and bagi ubat demam sebab ayah demam tiba-tiba. Aku dengan ibu take turn duduk dengan ayah kat tempat dia. dah dapat bantuan oxygen tu pun ..ayah kata..

"TAKK,, TAK..CUKU..KUP.." *sesak nafas
"Tak... Boleh.."

few times macamtu,ibu dah risau,.Aku more to bengang dengan MA ni la sebab dia macam tak amik port, dia ingat bapak aku asma biasa. aku cakap dengan dia ayah ada sakit jantung,dia kata tak cukup pakai oxygen yang dia bagi tu.padahal masa baru sampai dah cakap dah, mamai ke.? lol. budak tu baru tau nak gelabah call boss dia kot.

"saya dah call ambulance, sekejap lagi ambulance sampai" . M.A tu kata. 

dengar  tu, aku terus kata kat ibu, aku balik dulu lah.aku mandi siap-siap semua,nanti aku jumpa ibu dengan ayah kat hospital je.Aku tak panik sangat sebab before ni pernah je jadi macamni,little did i know,things didn't work the same way this time. :) ibu pun kata okay,sebab dia teman ayah kat ambulance nanti.so..otw out..

"Adik.. nak pergi..mana.." ayah tanya dengan mencungap-cungap.

i came back to him and said.

" adik nak balik,mandi siap-siap semua ,nanti adik jumpa ayah kat sana okay ?" 

mana lah aku nak tahu.. itu lah last time aku dapat dengar suara ayah :')