Okay, memandangkan dah lama tak menulis ni,cehh... haahahaha. Hari ni, kita bukak satu lagi cerita yang XXX FILE kat Aspuri. Hahahaha. Ready semua ? *Sarung blazer* *Betulkan shades* Here we go!
Okay, biasanya weekend kat Aspuri, Sabtu malam Ahad tu la. EXCO Keceriaan dengan MT yang terlibat akan buat tayangan untuk Aspuri. Hehehe. Memandangkan kami-kami sekalian yang jadi EXCO asrama ni busy sikit kebelakangan ni dengan pameran dan show-show yang berkaitan,maka jaranglah berlaku tayangan untuk warga Aspuri terchentaa sekalian kerana tiada siapa yang sempat menguruskannya.(Ewaah, berbaloi Cikgu Hjh Norkiah ajar BM kat aku ni, walaupun tak A+. tapi A bulat pon cukupla. Hahahah)
"Weyh,petang tadi Batrisya tanya aku ,pasal tayangan Aspuri.." Feeqa bersuara masa tengah siap-siap nak pi prep malam. Kat dorm 25(Form 4).
"Aah laaa. Aku lupa pulak esok Jumaat! Ada jugak plan nak buat tayangan sebenarnya." Nana cakap. Ye la Nana ni EXCO keceriaan Aspuri,so memang tayangan-tayangan pe benda ni semua under dia, tapi dia ni budak tari, so, ada show luar. Busy la nokk.
"Haaa.. tak pe. Kita buat je la minggu ni Na. Pleeasee. Otak aku ni macam nak bekecai hadap Aspuri ni hari-hari. Sekali-sekala bagi la hadap Shah Rukh Khan ke..Shaheizy Sam ke.. Aaron Aziz ke. Haahha." Ayun pulak kata.
Pecah gelak masing-masing.
"Kau ingat Aaron Aziz tu semua nak ke hadap kau Yun? Diorang pon tak rela tau." Fatin cakap.
Ayun buat muka ==" "korang ni .."
"Tapi Naa, kalau buat tayangan ,lappy kau nak pinjam sape punya ?" Syahadah pulak tanya.
"Haa.. tu lah. Biasanya pinjam bonda punya, tapi bonda tak de kan minggu ni? Dia balik kampung. Nanti aku try tanya Ayahanda Hai.. tak pon Ira bawak lappy kan.." Nana explain..heheehe.
"Nanti aku dengan Fatin try tanya Ayahanda Irwan nak pinjam speaker studio boleh tak? Tak best aa tengok movie slow-slow. " Aku cakap.
"Okay !Cantekk!" Nana agree.
"Haaa! Yes !!Yeayy yeayy! Minggu ni ada tayangan .Yeayyy!!" Feeqa bersorak gaya macam Malaysia dapat penalty kick dengan Vietnam. Eh ? Hahaha.
So semua terus gerak gi prep. Esoknyaa, habis solat Maghrib.
"Te'a,aku dah dapat lappy dah ni, kau amacam? Dapat speaker tak ? " Nana bisik kat aku time tengah tadah tangan baca doa tu. Hehe.
"Ni Te'a Latip laaa.. cehh!Hahaha padahal tadi Fatin yang mintak. Hahah. "Dapat la.. ade dah kat atas tu. " Aku balas bisik kat Nana. Teruk sungguh la perangai becakap time doa. Hehehe.
"Okay cun! Malam ni kita pasang kat bawah !" Nana kata.
So Nana,Syahadah,Izzah,Fatin dengan few EXCO lain tengah setup kat bawah tu,Tia dah announce kat Aspuri dah malam ni ada tayangan. Huih, menjerit jugak Aspuri masa tu, terus masing-masing turun bawah dengan bawak segala binatang yang ada bukan setakat bear,girrafe,lembu,tikus pun ada. Macam-macam saiz 'bear' diorang ni.Yang beso, yang kecik,selimut,tin biskut,maggi...dengan baju tidur Doraemon, Hello Kitty... hahaha comel jugak budak;budak ni. Terus amik port kat tikar yang dah bentang kat tayangan tu. Aku turun dengan Feeqa.
"Korang bukak cerita apa Rina ?"Aku tanya Rina.
"Maybe Step Up kot, tapi tak boleh pasang ni..tak cukup plug." Rina cakap.
"Duh,pulak dah..abis tu ? " Feeqa pandang Nana.
"Hmm, aku takkan nak cancel pulak, kesian budak-budak ni..mana nak dapat extension lagi?" Nana balas sambil pandang Aspuri yang dok tunggu Kak Nana diorang ni pasang tayangan.
"Aku rasa kat Studio Keyboard ada banyak extension.." Aku cakap slow. Hehehe.
Feeqa pandang aku.Dia sengih. Ha! Bagus! Ni aku suka pondan ni, dia okay je!
"Eh kejap, kejap. Studio tu tak kunci ke ? " tanya Nana .
"Alah, kan Bonda Tiska ada kata kunci pintu tu hilang,tapi tak tau aa gril besi tu ada mangga ke tak. " jawab Feeqa .
"Tak pe..kalau ada pon, kita bawak la apa-apa dawai supaya boleh bukak mangga tu, hehehe." Aku cakap.
So kitorang tak tuggu lama. Suruh Aina campak cardigan dengan tudung kat bawah (punya malas nak balik dorm tingkat 4)...heeh. Campak la tudung tu dari tingkat 4 ke bawah. Hehh. Aku dengan Feeqa keluar. Sampai kat depan gate Aspuri yang luar, tengok kawasan sekolah macam sunyi semacam je..
"Weyyh Feeqa, macam sunyi sangat je sekolah ni wei.." Aku cakap separuh bisik kat Feeqa yang kat sebelah aku ni.
"Ha'a. Aku pun rasa macam tu jugak. Kang jadi apa-apa payah jugak." Feeqa cakap.
Hahah..masing-masing ni tadi kat Aspuri konon berani sangat...dah keluar...baru tau seram .Hahaha so kitorang decide nak bawak sorang budak lelaki. Hehehe, so apa-apa tak lah seram sangat kan.
*Tok,tok,tok* Ketuk tingkap dorm bawah Aspura.
"Assalamualaikum" .. "ooo..assalamualaikum." Feeqa bagi salam.
"Haa, Te'a,Feeqa? Asal ? Ada Aspuri kena sampuk lagi ke ?" Umair tersembul sebalik langsir tu.
Aku dengar soalan Umair ni.. =='' . " Aku tendang kau ni kang Umai, mulut tuu...?!!" Eeii, geram betul aku.
"Ntah kau ni..cakap la elok-elok sikit. Tak, aku dengan Te'a nak rembat extension kat Studio Keyboard,sebab nak buat tayangan. Budak-budak Aspuri tengah tunggu tu. Nak pergi berdua je seram pulak, ingat nak mintak kau teman. " Feeqa explain.
"Oohh... haaa. 0kay-okay. Tunggu kejap aku keluar." Umair bla.
Eh? Bagus betul Umair ni. Tak banyak soal! Hahahha. Bagus. Cepat siap kerja aku. Hehhehehe. Umair pon keluar, dengan pakai seluar paras lutut dia tu... hahaha tak kesah la Maii, asalkan kau teman. So kitorang terus gerak pegi studio. Sampai kat studio.
"Wey Te'a, kau bukak la. " Feeqa kata kat aku.
"Apa aku pulak, kau laa.." Aku pandang Feeqa.
"Umair lah, kau kan Pencetus Ummah Sekolah." Feeqa kata kat Umair.
"Ahh kau, tadi suruh aku teman je, tak de kata suruh bukak pintu." balas Umair .
=="" Hampeh la dia ni. Puih. Aku pergi kat pintu tu,sekali aku pulas tombol pintu tu...tak kunci. *Srrrreeakkk* (Pintu terbuka)
GELAP GELITA. Tahap yang kalau kau letak Raju yang dah sunburnt 3 bulan dalam tu,kau memang tak jumpa apa-apa. Aku diam. Dalam hati dah kecut dah.
"Uih, gelap gila doh. Dah tepi. Aku masuk,sebab tadi kau dah bukak pintu kan." Feeqa kata.
Dia dah tolak aku ke tepi sikit nak pergi kat pintu tu. Aku tau makcik ni cuakk jugak. Tapi dia belasah je.
"Ah, tak payah,tak payah. Kang jadi apa-apa aku yang kena. Tepi sikit Feeqa." Umair masuk dalam. Grill tak kunci, lampu bukak. Fuhhh.. baru laa lega sikit ..
Dia amik extension tu bagi aku. Time nak tutup lampu tu yang cuak sikit..bukan sikit.. banyak sebenarnya. Aku dengan Feeqa tunggu si Umai tutup lampu kat luar.
*pap!* Lampu tutup*
Umair keluar,dia tutup pintu,grill semua. Aku dengan Feeqa tengok je, si Umair ni. Huih. Berani jugak dia ni.. macam hero malam ni. (Cakap dalam hati) Cehh, puih,hahaahhaah.
Sedarkan aku dengan Feeqa.Ceh, puih! Buat malu je dengan Umai. Nampak aku dengan Feeqa usha dia macam tu.=='' So kitorang balik. Dah cakap thanks kat Umai. Balik Aspuri. Masih setia menunggu lagi diorang semua. Aku dengan Feeqa balik bawak extension, macam bawak balik Piala Malaysia je. Hahhaah. Dia punya sorak..hahahhaha dengan tepuk tangan semua aah. Nana mesti da bagitau diorang pasal extension ni. Hhaahahah,kalau tau macam ni, tiap-tiap minggu aku sembunyi extension. Pas tu acah-acah pi rembat extension lagi demi Aspuri terchenta. Hahahhaha.
9.00 - 10.45 mlm
TAYANGAN ON.
"Okay dahh Aspuri, ni makanan korang jangan tinggal..tikar..." Dah dengar suara Syahadah bagi arahan kat Aspuri kemas balik dataran as tayangan dah habis..untuk diorang. Heheheh. Untuk Form 4.. baru nak mula. Hehheheheh. Kitorang punya plan memang habiskan awal sikit tayangan kat Aspuri. Lepas tu kita bawak naik dorm,kita buat tayangan kat dorm pulak! Yayyy!! (Jahatnya nauzubilllahhh)Hehehe.
Alaah, sekali tu jee. Bukan tak nak buat dengan Aspuri.. kitorang nak tengok cerita hantu siam tuu.. mana boleh pasang kat bawah..kang jadi apa-apa. Uiih. Tak sanggup den amik risiko.. lagi pun yang kat bawah time tu.. Form 1.2.3. haaa..kecik lagi.. (Cehh,macam kita besa sangat) Hahahahha. So malam tu kitorang pun project la movie tu kat dinding dorm, sambil bergolek atas katil,lampu tutup, pintu kunci. Fuhh.. HEAVEN GILAA ! Macam tengok wayang wooo,cuma beza dia tak de popcorn. And boleh guling-guling dengan member atas katil sambil makan makanan masing-masing. Masa tu biskut petak Hup Seng tu pun dah sedap sangat dah. Haha okay. Cerita yang kitorang tengok ni. Tajuk dia COMING SOON. Nama hantu dia SHOMBA. Jangan tanya aku kenapa nama dia tu apa semua. Aku tak tau. Dia cerita pasal semua orang yang satu cerita tu kat wayang akan mati...in a very tragical way. Masa tu memang ramai jugak kat dorm 25 tu. Bukan budak dorm kitorang je...hehehe.
11.30 - 1.00 pg
TAYANGAN DORM 25
Tayangan habis. Muka cuak masing-masing. Dorm yang asalnya bole masuk 10 orang, malam tu macam mangsa pelarian...macam ikan sardin...Macam ikan keli dekat pasar...berhimpit-himpit. Hahahah. 2 single bed bole baring 5 orang. 3 single bed bole baring 7 orang. Haahahha. Masa tu tak kesah sempit ke apa. Asalkan ramai-ramai. Tak takut. Okay nak dijadikan cerita. Malam tu .. Blackout.
Pap! Gelap!
"OMAKKAUU PATAH KAKI GELAP SHOMBAA SHOMBAA!" Suara Eton dari katil Syahadah jerit melatah.
"Eeisyhh! Kau ni! Jangan laa disebut-sebut nama tuu! Da la gelap ni!" Si Nana cakap kat Eton.
Masing-masing macam freeze kejap kat katil masing-masing. Ye lah...da la baru lepas tengok cerita hantu. Hantu siam lak tu. Korang tau tau je la kan hantu siam ni seram dia tahap ulang alik pergi tandas 10 kali punyaa. Blackout pulak malam tuuu. Pukul 1 lebih weii. Aspuri lama ni, kalau blackout dia lain macam sikit. Masa tuuu lah dengar budak jeritlah, lari-lari la. Puas la menjerit kat Aspuri dok kata jangan jerit, jangan lari. Tapi rupa-rupanyaa... tak de sape pon yang jerit, tak de sape pon yang lari. Orang kat area bawah je dengar. Yang dok kat aras 3-4 tu,pelik je dengar EXCO-EXCO kat bawah suruh jangan lari bagai. Fuhhh...
"Ira, hari tu lampu emergency kat bawah tu ada lagi tak ?" Anis tanya Ira.
"Last aku tengok hari tu, ada lagi kat bawah tu. " balas Ira .
"Dorm korang punya lampu emergency kat ceiling tu rosak ea?" Rina tanya.
Haaa. Ni lagi satu isu. Setiap dorm ada satu lampu emergency lekat kat ceiling. So kalau blackout,lampu tu automatik on sendiri. Tapi masalahnyaa... dorm aku dengan few dorm lagi kat Aspuri ni antara dorm yang lampu tu dah rosak. So kalau blackout biasanya..ada lampu emergency yang hand-carry punya. Biasanya ada kat dorm je. Tapi last week warden suruh letak bawah balik, sebab takut rosak,hilang and so on lah.
"Dari kitorang masuk dah rosak.." Feeqa jawab.
(Syahadah keluar sejak blackout tadi, suruh Aspuri tenang sikit semua.)
"ASPURII! JANGAN JERITLAH ! KETUA DORM PASTIKAN SEMUA AHLI DORM DALAM DORM MASING-MASING !" Dengar suara Syahadah announce kat Aspuri dari luar dorm kitorang. Bukan nak marah sangat. Cuma bila diorang ni dok jerit-jerit,tengah gelap macam tu...pukul 1-2 pagi macam ni, haa..benda apa yang suka. Kalau jadi apa-apa, cuba bagi tau apa je kita boleh buat dalam gelap macam tu...kita pon takut..
"Eh ? " Nana pelik.
"Sape jerit ?" Ayun tanya.
"Ada budak lari-lari ??" Anis pulak pelik.
Masing-masing pelik dengan announcement Syahadah tadi. Jerit? Mengigau ke apa makcik ni..mana ada orang bising kat luar tu, punya la sunyi.. eeisyh,bia betul Syahadah ni..
*Syahadah masuk dorm*
"Geram betul aku budak-budak ni...macam pasar kau tau tak, kat luar tu ? Dengan lari diaa.. terpekik-pekik!" kata Syahadah .
"Hmm, tu aa pasal...tapi sebenarnyaa... kitorang rasa kat luar tu sunyi gila." Aku cakap.
"A'ah. Pelik jugak kau suruh diorang senyap.." Feeqa sambung.
"Aku rasa semua dah tido..dah pukul 1 lebih dah ni..kau sure ke kau dengar Syahadah ?" Aina tanya.
"Wehh, sumpahh.!!Memang bising kat luar tu!!! weyh serious aa! Korang cuba la keluar!"Syahadah explain beriaaaaa.
"Eeisyh, tak berani aku.."Ira kata.
Feeqa dengan Fatin keluar. Then diorang masuk balik.
"mMemang bising doh.. tapi masuk dalam dorm je..senyap terus. Eisyhh!" Fatin kata.
Aku dengan Aina pulak keluar, macam tak percaya je masing-masing. Eh? Senyap pulak luar ni, mana bising diorang cakap tadi tu ? Aku pandang Aina. Aina pandang aku.
*DUM DUM DUM DUM..* BUNYI TAPAK KAKI ORANG BERLARI. Betul-betul belakang aku dengan Aina.
"MAK!!!!!" Saing aku dengan Aina jerit. Berdesup masuk dorm! Cerita kat diorang. Masing-masing nak tido dah payah dah. Aku jangan cakap aa. Dah kejung dah kat katil tu.
"Baru aku teringat, masa aku dengar bunyi tapak kaki tu,Kak Zak pernah cakap, asrama ni kalau aras 3-4 memang famous pasal budak perempuan tocang dua suka main lari-lari, especially kat Dorm 20. " aku cakap.
"Anis, teman aku pergi toilet kejap. " Fatin mintak teman.
"Alaaa. Takut laaaaaa." Anis kata.
"Alaa.. jom laa. Ira, jom teman aku sekali! " Fatin ajak Ira.Ira ajak aku.
Maka kitorang pon berempat la pergi toilet malam tu pada hal sebelah dorm je. Okay nak djadikan cerita ea, Fatin kat toilet kedua. Toilet ketiga ni rosak flush dia. Toilet keempat pulak jarang guna sebab air slow..
"Te'a?!!" Fatin jerit dari dalam toilet.
"Iyee, ade ni haaa. Cepatlah sikit." Aku cakap.
"Anis!! Iraa!! " Fatin jerit lagii.
"Woi cepatlah Tin! Kau niii!!" Ira pekik. Haahahhaha.
Tiba-tiba pintu toilet ke-3 .. BAMM!! (TERTUTUP SENDIRI)
Aku dengan si Ira, Anis dah frozen dah tengok pintu tu tertutup sendiri. Nak kata angin, mana pulak, kitorang punya panas malam tuu. Aku,Ira, Anis terdiam..
"Fatin.... cepat laaa." Anis kata takut-takut.
*SQUEAAAKKK* FATIN KELUAR.
Kitorang baru nak gerak. Tiba-tiba. *SREEET,SPLASSSHHH*
TOILET KETIGA PUNYA FLUSH BUNYI SENDIRI GAISSSSS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
"ARGHH!!!!!" Empat-empat lari tak cukup tanah masuk dorm ! Masuk-masuk dorm je kena marah dengan budak-budak ni, sebab jerit. Tapi lepas kitorang cerita kat diorang apa jadi. ...baru tauu kenapa kitorang muka cuak tak ingat dunia time lepas keluar toilet tuuuu!!!
p/s: 70% were real , 30% were not,sebab ada few isues yang kena pertimbangkan balik. Eewaahh, hahahaha apa-apa pon, terima kasih sebab baca! ^^
No comments:
Post a Comment